Jun 17, 2011

BFF merajuk. aku susah hati ni.

dalam banyak-banyak masalah yang ada ni kan, timbul pulak masalah dengan BFF sorang ni. kalau cakap, semua orang kenal lah kot. bff ni bukan bff biasa. dulu ex-bf. 3 tahun aku dengan dia. lepas clash, kami lost contact tapi lepas aku putus tunang, aku dengan dia baik sampai sekarang. sangat baik jugak dengan family aku. yelah, rumah dia dekat sangat rumah atok aku. mak aku dah anggap dia macam anak.


dan aku tahu, banyak benda yang dia buat untuk aku yang orang lain tak boleh buat punya. langsung tak berkira apa-apa, masa, wang ringgit dan tenaga. dan aku tahu perasaan dia bagaimana pada aku dari dulu sampai sekarang, cuma, aku memerlukan masa untuk semua ni.


dia selalu ada masa aku memerlukan dan dalam kesulitan. dia jugak tak pernah lari meskipun ada seseorang dalam hidup dia atau bila aku menyakiti hati. defend aku dari disakiti. cuma, entah kenapa, apa silapnya, 4, 5 hari ini dia menyepi. aku ada buat salah ke??? blank.


call aku langsung taknak berjawab. kalau nak kata ada gf baru sampai tak boleh layan aku dah, mustahil. aku tahu siapa perempuan yang sedang himpit dia dan tahu semau cerita itu. atau adakah seseorang yang sedang melaga-lagakan aku dengan dia??? syakwasangka dah ni. adeh.







dah masuk tahap rindu ni. takde orang nak membebel kat aku dah. last sekali jumpa masa lepas gi hantar dia tengok bola kat bukit jalil hari tu...

aku selalu cakap, makan banyak sikit bagi gemuk. dah makan banyak katanya, kurus jugak nak buat macam mana. dia ni sopan sikit, makan pun mengalahkan aku sopannya. grrrr :P aku cakap jangan makan macam perempuan boleh tak? haha.

p.s: wady, awak ada marah saya ke?

4 comments:

deqyalalink in-situ said...

ololooo cmne la nak pujuk BFF merajuk ni... takpe nnti lme2 BFF pon rindu jugak tuu kompem!

alinac lover said...

semoga beliau cpt2 contact sofia ya

cik helena said...

dia perlukan masa kot..nt mesti dia carik piya balik!

Peri PiA said...

wuhuuuuuu,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)