Aug 3, 2011

Fadhilat berpuasa. Ni hari kedua berpuasa kan? eh, ketiga :)

Dalam penat-penat, cuak tak cuak dengan budak-budak kat sekolah, akan ada orang yang sms cakap...
"mengajar baik-baik, jangan garang-garang sangat dengan budak. kurus pahala puasa". dengan tetiba, rasa geli hati dan ingat balik... eh puasa, sabar ye yong. jangan nak jerkah-jerkah budak sangat. ekekeke.


dan semalam, masuk kelas tingkatan 1, ada seorang budak Cina, muka murung kemain... aku pun saja lah tanya, "ha awak kenapa, puasa?". tersengih dia. "takdelah cikgu..." jawabnya. iyelah, macam orang tak makan jek lagaknya. kalah kita umat Islam yang puasa. hehe.


bulan-bulan puasa ni, even tenaga macam banyak tak banyak je nak cakap kuat-kuat, bibir pun dah kering-kering, tetapi semangat tetap sama. tapi selalu ah cakap kat budak, awak jangan bagi cikgu hangin ye bulan-bulan puasa ni, sebab cikgu malas nak marah banyak-banyak bulan puasa ni... tetapi kalau budak siap tak siap kerja sekolah, sendiri tahulah natijahnya.


apapun, bulan puasa ni, eloklah sangat dibanyakkan bersabar kan...? latih diri. dah elok-elok sabar tahan makan nafsu semua, takkan lah sabar dengan karenah manusia, tak boleh kan...? sebab banyak fadhilatnya bulan puasa ni. sama ada kita nak berebut ambik atau tak.... kan...? yelah, pahala yang diberi berganda-ganda daripada hari biasa, tak mahu rebut...?


ehemm, macam mana trawikh, selamat ke tak?



FADHILAT PUASA RAMADHAN
                        
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
kredit: sumber





3 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

hehee..ye cikgu..jgn garang2 ye

Unknown said...

salam Ramadhan ya cikgu..jgn marah2 murid-murid sgt bulan posa nie ye..semua tue adalah dugaan n cabaran org2 yg berpuasa..
semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua..

Fara said...

salam kenal..slmt berpuasa ..follow me too..ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)