Aug 5, 2011

dari friendster ke facebook...

tadi masa lepak lepas makan kat kursus tadi, cakap punya cakap, tentang jodoh dan pilihan. masing-masing punya cerita sendiri. bercinta dan diperbodohkan, dan kemudiannya berpisah. tapi alhamdulillah, lepas tu jumpa lagi yang lebih baik... urm, kasihan bila dengar cerita orang. kalau kita pernah rasa sakit, orang lain lagi sakit tak? dan agak-agak kalau duduk tempat dia tu, boleh ke kita lalui semua tu dengan tenang? adehh.


kawan aku seorang tu... cerita dia, couple dengan awek 2 tahun lagi tua. cinta kemain... tup-tup, mamat ex-bf dia datang balik, dia mintak clash dengan alasan dia tak boleh lupa kat lelaki tu. so, apa kawan aku nak cakap lagi? dia mintak posting kat KL ni pun semata-mata sebab gf dia tu. bayang kan ah, berat tak berat nak lalui hidup kat KL ni kalau kes macam tu... empati. hurm.


lepas tu kakak tu pulak dulu bercinta beriye dengan budak sekampung. lepas tu dicurangi. dua kali pengalaman sama macam tu. padahal dua lelaki tu biasa-biasa sahaja. tetapi, sekali lepas dah single, jumpa yang sangat jauh lagi baik. dari segi attitude dan kerjaya. terus merancang untuk berkahwin dan sekarang dah berkeluarga pun. happy je ha. tahu dari mana kenal asalnya lelaki tu, dari friendster ;)


ohh ini lah yang cuba nak dibincangkan. even friendster dah takde. nak kena sign up baru pulak kalau nak ada. malas ah nak sign up segala. lagipun sekarang semua orang dah ada fb right? jadi kita bercakap, macam mana medium di alam maya menyatukan hati-hati kita. eceh ceh ;p


kadang-kadang bila fikir, macam nak percaya dengan tak orang-orang kat dalam ni. tetapi, melihat pada sejarah, ada benda yang boleh jugak dipercayai. bean moreno (blogger sutera) dan wife pun jumpa melalui ym kan kalau tak silap. itu salah satu contoh la...


cuma antara fb dan fs.. ruang lingkup fs lagi terhad. kita tak terdedah sangat. segala aktivit dan privacy kita lagi terjamin dari fb. orang-orang yang kita kenal jugak tak mengarut sangat. dalam fb, macam-macam haker ada. orang gila, orang yang nak ambik kesempatan atas orang lain, orang meroyan, banyak gila. dan mudah nak capai kita bila-bila masa sahaja, kan? sangat takde had.


sebab tu... banyak persahabatan aku dengan mereka di alam maya bermula dari fs. sama macam persahabatan dengan peri pia, awin, kak ilham. dari fs bersambungan sampai ke fb. dengan peri pia, dah 3x kot kami jumpa in person.


cuma, kalau kita kenal orang tu, dan ada orang yang terdekat dengan kita mungkin eh kawan sekelas aku masa zaman sekolah lah, eh kawan zaman masa tadika kawe tu lah atau eh sepupu gua tu beb, jadi, ia lebih meningkatkan rasa percaya pada orang tu kan? sebab apa-apa, kita boleh capai maklumat dari kawan atau sepupu tu tadi. kan?


sama jugak ruang lingkup cerita aku hari ni. boleh kenal dan berkawan dengan sesiapa sahaja dalam fb tu, tapi terpulang pada awak nak letak apa had dia. ohh dia ni, boleh tengok satu album saya sahaja. dia ni pulak, ohh boleh lah nak layan chat segala. ohh yang ni, boleh jadi kawan meja makan. depends pada faktor-faktor di atas tadi, yang lebih menjurus kepada 'keselamatan diri kita'. boleh?


dan... yang terbaru... macam percaya tak percaya. dari fs ke fb. meskipun ia terhenti dan diam sekejap, akhirnya ia bermula lagi. dan ternyata, aku terasa seperti sangat kenal dia... walaupun ia pernah tenggelam dan kini timbul semula. okeh, itu nanti cerita lain pulak.


apa yang pasti, kawan dari fs ni,terasa lebih wujud dan dipercayai dari kawan di fb. kan...?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)