Jun 23, 2011

nak stok-stok lagu K-POP je budak-budak ni

hari tu beria budak-budak ni buat latihan tari erobik dengan lagu hindustan, inggeris dan melayu. antaranya, lagu gori-gori, baila-baila dan lagu bercinta faizal tahir. lagu faizal tahir tu, aku try ah bagi robot dance ala-ala agnes monica, sekali budak cakap, cute cikgu buat macam tu. aku rasa taknak ah ajar lagi. hahaha. waterpark punya statement. ciri-ciri nak makan kaki ah tu kan...:P


aku mula-mula agak pening nak faham, apa benda yang tari erobik ni nak kena ada... yelah, first time kan handle benda ni. kabur-kabur... ia ni more to menari ke, senaman ke... cheer leader ke... apa yang lebih prefer? so, aku ikut jelah rentak budak nak apa. sekali, budak-budak senior form 5 turun padang, dan aku mintak rombak balik, baru aku faham, ohh itu macam ka??? :)


so, takde lagi lagu hindustan tu, baila-baila ke... yang ada k-pop memanjang. pastu ada lah sikit lagu j.lo, on the floor yang rancak gila tu. aku suka lagu tu, so aku cepat-cepat ah setuju budak tu nak tukar lagu, dan buat step baru. dan ia more to cheer leader punya step lah kira. i like sangat-sangat. so, aku berterima kasih sangat dengan bebudak tu sebab tolong adik-adik form 1&2 ni, walaupun masa tu hari jumaat lepas, yakni hanya tinggal seminggu je hingga esok. lusa, sabtu... nak perform dah.


mula-mula tu aku cuak jugak, sempat ke dorang ni nak belajar benda baru dalam masa seminggu? tapi tengok semangat dorang, dan komitmen tu, aku yakin, dengan izin-Nya dorang BOLEH buat. hari-hari kami turun pagi-pagi dah ada sekolah sampai pukul 12 berlatih, lepas tu masuk belajar sampai pukul 7, baru balik rumah pulak, letih tak payah cakaplah kan.. tapi semua nak MENANG kan..? semua rumah sukan pun macam tu...


aku harap jugak, duit yang kami cikgu-cikgu laburkan untuk baju, aksesori dan pom-pom dorang tu tak membazir. even orang cakap, apa cikgu dapat pun kalau budak menang, beria keluar duit, then, jahit baju bagai tu, pastu berlari-lari tak cukup tangan pergi GM cari aksesori bagai tu,.. itu bukan soalnya. yang aku nak, budak-budak aku puas hati. dapat pakai cantik, lepas dorang bersungguh-sugguh berlatih kan... insyaAllah, kalau dorang menang, ada jugak sesuatu untuk dorang nanti.


dah bertahun-tahun rumah telang (BIRU) dapat ngelast je erobik. harap, tahun ni dapat pecah tradisi. tadi masa rehersal, dorang agak okay. so, harap lagi mantap pada hari sabtu nanti. tadi pun seharian berlatih sampai petang. harapnya, dorang dah betul-betul ingat step dan sepakat.


tadi jugak sempat briefing dorang... pasal baju, aksesori dan semangat dalam kumpulan. apa-apa hal pun, aku nak dorang buat yang terbaik.tak perlu fikir dorang ni gitu gini, hebat ke tak ke, yang penting, terbaik. buat yang terbaik. dan akhirnya tawakkal... kan???


cumanya kite orang dah separuh jalan. means, untuk markah keseluruhan antara rumah, rumah telang mendahului carta. markah ni diambil darimerentas desa, sukantara dan kedatangan pelajar. so, alang-alang dah menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan lah kan? pulun kita pulun. bak kata sebelum ni, biar putih tulang, jangan putih tulang, kan?



 25 orang budak satu team. bayangkan, nak handle seramai itu, banyak mana sabar yang nak? cheer leader 6, 7 kerat tu pun nak tercabut anak tekak kan handle...:), jadi segala kekurangan haraplah dimaafi :)


gotong-royong mencantikkan pom pom. dorang memang best!!
-cikgu safia & cikgu fatem. cikgu telang yang terlebih semangat. hehe-
(kau jangan percaya tengok gambar tu. nampak je mesra dalam gambar, tapi kat luar garang nak mati gikgu safia tu. kuikuikui)




p/s:
namun segalanya terserah atas takdir-Nya jua... kan??

1 comment:

Farah Awang said...

zmn da berubah
zmn kite dlu2 layan hindustan
zmn diorg ni zmn kpop beb
heee~

:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)