makin banyak hari, makin aku kenal banyak orang, makin aku rasa begitu variasinya dunia ni. dulu kan, aku selalu kenal orang yang sepattern aku je. yakni orang dengan cara yang sama, minat dan jalan resam hidup lebih kurang sama.
tetapi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini (means selepas aku keputusan pertunangan), aku kenal banyak orang yang di luar lingkungan cara, minat dan jalan aku selama ni. apatah lagi kalau berbeza dari segi prinsip dan ideologi. hingga kadang-kadang ia macam jadi benda baru untuk aku, yang kadang-kadangnya boleh buat aku naik pelik.
benda-benda ni buat aku terfikir... apa sebenarnya di sebalik semua ini? atau dengan kata lain, jalan mana yang nak aku pilih, arah mana yang nak aku tuju? atau dengan kata yang tepatnya, lelaki yang bagaimana sebenarnya untuk aku?
aku selalu terfikir akan kata-kata, benda yang kita suka, tak semestinya baik untuk kita, yang kita tak pula, mungkin sebaliknya. TETAPI, berdasarkan pengalaman yang aku ada, yang manis awalnya itu, selalu mengundang sakit di kemudian hari... kan???
3 comments:
doa lah supaya semuanya manis :)
mendalam nyer
just wait and see..follow the flow..insyaAllah ada jawapan utk semua tu
Post a Comment