Jun 8, 2011

Bila dah boleh memandu sendiri...

lepas subuh rasa tak mengantuk pulak, jadi bolehlah nak membebel kat sini sepam dua. banyak hari tak update sebab sangat busy dengan keje tak berfaedah :P sampai blogshop pun tak berupdate ha....


ohh ye, taknak cite banyak... cuma pasal driving. aku memang bersyukur giler....sebab dari gadis yang penakut sangat-sangat, yang rasa macam nak mati jek kalau pegang stereng kereta kan dulu-dulu, lepas tu asyik kena bambu je kan, sekarang dah mula berani sikit.


ahh mungkin bagi orang lain biase aje benda ni. tapi bagi aku... ini adalah satu pencapaian. tanya ah sape-sape yang pernah ajar aku bawak motor ke, kereta ke, huuuu, tau ler aku ni macam mana penakut yang amat. ingatkan sampai tua dah tak boleh bawak kereta.


nak-nak masa ada ex-fiance dulu, dia sangat manjakan. ah takpe, hantar je kat situ sini. kalau nak balik dari upsi pun berjemput, pergi berhantar. sebab dia boleh buat banyak kerja satu masa... atau mungkin tengah sayang lagi, kata orang....:P


tapi... lepas putus tunang, rasa sangat-sangat teringin nak ada kemahiran tu sendiri. nak sangat belajar dan pulas stereng sendiri. nasib baiklah dia ni rajin sangat nak mengajar. dari kereta kancil auto adik dia, sampailah kereta manual dia, lepas tu kereta auto dia pulak.... huuu pernah lah dulu belajar kat proton city petang-petang tima dia rest....


lepas tu masa dah dapat lesen belajar lagi bawak kat KL sampailah dah dapat kereta pun masih kena belajar sebab jalan kat KL, tau-tau jelah, sesak... penuh jalan. kan? tapi sekarang, kat kampung taklah cuak sangat, sebab jalan tak sesak sangat kan...


paling banyak-banyak instruktor yang duduk sebelah time drive ni adalah adik aku. sebab hati kering. apa aku buat pun dia tetap maintain steady dan macho. haha. releks je..waima aku bawak kereta manual, satria putih tu termati kat tengah sesak-sesak sebab tak reti nak manage gear satu pun, dia tetap cool. kadang gelak pun ada... siap boleh pulak tanya, kak berdebar tak kak? hahahha (gelak). releks ahhh kakkk.... selambe je... aku ni dah cuak kemain. dia banyak bagi aku bawak tanpa bagi arahan. kalau salah baru tegur.


tapi kalau dia ni, gelabah tak hengat. sikit-sikit, eh.... eehhh, ehhh... cuak ah kan. lepas tu bagi arahan ler. buat macam tu ini. macam dia je ada lesen 20 tahun punya... hahahahhaha.


apapun, hari tu, bila first time bawak takde instruktor kat sebelah, baru aku tahu keberanian dan pencapaian aku setakat mana. rasa macam okey dah kot... sikit-sikit. tapi kalau nak pergi pasaraya tu, setakat ni aku pulun pergi tunas manja je, sebab parking kat situ paling banyak, paling tak sesak.... bijak tak aku? :P


korang pulak macam mana?



kat mesra mall. masa ni aku parking tak lepas. nasib ada BFF aku ha...

4 comments:

Aida Azryn said...

peewiit.. ngeh2.. comel kamoo.^^

Unknown said...

hehe..yong kalo jd cikgu memandu garang je..nk je rasa tekan brek hehhe

cik helena said...

kite pandai cilok2 kete!hahaha

tp dululah..skng ne malas dah nak bawak laju..huhu cam best je kalau bwk sloe n steady..hakhak

Sheherazade said...

syukurlah,hebak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)