Jun 19, 2011

bercinta tapi tak mengenali antara satu sama lain

memang dalam dunia ni kisah orang bercinta ni beza-beza. tapi... kalau dah makan bertahun-tahun bercinta, tetapi saling tak mengenali, tak mengetahui tentang diri masing-masing, itu agak pelik. tak tahu adik beradik ada berapa pun tu pun kira dah cukup pelik bagi aku.


soal kegemaran, makan-minum, hobi semua... bukan tu dah tersedia dalam kamus otak kita bila kita menyintai seseorang dengan sekian lama? mungkin korang, ada yang belum bercinta lagi tapi dah sangat mengenali antara satu sama lain, bukan aje tahu dia suka makan minum apa, tapi dia punya tak suka pun semua dah hafal. itu kita kira advanced :P


atau mungkin benda tu hilang dari ingatan seiring dengan arus masa? means, 2,3 tahun bercinta ingat lah... tapi bila dah makan 4, 5 tahun, semua tu jadi tak penting, sebab dah jemu kan? itu yang aku bengang sangat dengan lelaki macam tu.... aku memang selalu perli lelaki bab ni. kalau dia rajin sangat melayan aku kan, aku cakap ah, hehe, tengah sayang kan, benda baru...lagi 2, 3 tahun ni takdelah kan semua ni? :P


sebab tu, nasihat aku, kalau bercinta jangan lama-lama. kalau dah cukup umur, duit semua tu, nak tunggu apa lagi... aku lain lah dulu, bercinta zaman belajar, sama-sama belajar, mana sempat nak fikir pasal kahwin, umur pun baru setahun jagung... tapi sekarang, memang aku takde masa nak fikir bercinta lama-lama ni... kalau dah jumpa seseorang tu, insyaAllah aku taknak tunggu dah....


p/s;
kita berkahwin bukan dengan orang tu je, tapi seluruh keluarga dia...kan?



4 comments:

cik arnab said...

encik mangkuk kan ada... akak, kawin jela..huhu...untungnya kalau kita mencintai dan dicintai kan?hee

NARDtheNERD said...

xkenal pun xpe.
orang dulu dulu tak bercinta pun terus je kahwin.
ehehe.
:)

sureen83 said...

BETUL2.... kadang2 org cakap mase bercinte ni mule2 jek manis, dah lame2 hampeh org perak kate.... n satu lagi, kalu org pompuan ni, kalu nak kawin, kawin lah dengan keluarga mentua sekali... anggap mak n pak mertua tu macam makayah sendiri... (bercakap menerusi pengalaman iapr duai) kuikuikui....

jaja said...

ayat macam nak kawen da ni.. waahhh nak makan nasik minyak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)