jawapannya... mesti korang semua tahu. walau seburuk mana pun kita ni, dah namanya anak.. emak akan selalu memaafkan bukan? emak selalu redha... emak selalu mendoakan yang baik-baik. takde mak yang nak anak dia hidup tak serupa orang, takde kebahagian dan keberkatan meskipun hati dia selalu terguris dan sakit hati. kan?
itu yang selalu mak cakap. dan mak cakap lagi...
"nanti bila ya ada anak, baru ya tahu... macam mana perasaan sayangnya seorang emak kat anak dia..."
dan kata-kata itu, selalu buat pia menangis bila teringat.
ada orang, mungkin dengan mak, boleh jadi MUSUH. sebab mungkin terasa emak tidak peduli, tak sayang kat dia, lebih sayangkan adik-beradik yang lain. ada orang mungkin macam tu.
ada orang, terasa ahhh, buat apa buat baik dengan mak, dulu pun mak bukan aku layan baik sangat pun. layan sekadar-kadar je. mintak motorsikal, dia bagi pelempang. sekarang, kalau mak mintak duit belanja, aku bagi ah maki hamun, elok sikit ah dari pelempang. itu mungkin jugak bagi sesetengah orang.
bab orang, pia taknak komen lebih... cakap lebih-lebih pun, dah awak semua pun ada OTAK sorang satu. mesti dapat fikir mana yang baik dan buruk.
tapi pia, selalu cakap dalam diri...
mak, seburuk mana pun ia, dia tetap MAK. dan kau sebagai anak, kena sedar letak duduk kau kat mana...
mungkin dia marah atas satu benda tak munasabah, dan kau memberontak, TETAPI dalam masa yang sama, kau tak boleh/jangan lawan cakap dia, sebab kau tu ANAK je... anak tetap anak, dan syurga kau takkan pernah berubah... bawah telapak kaki dia adanya juga syurga kau....
sebab tu ah, ada orang cakap, ahhhh mungkin kau tak pernah kena teruk-teruk dengan mak kau, cuba kau duduk kat tempat aku? tengok sikit, tahan ke tak tahan?
series waterpark kalau orang cakap macam tu. oiii, mak bukan MUSUH. kau nak musuh dengan siapa pun dalam dunia ni, buat ah musuh. tapi mak, jangan main-main der. silap hari bulan, mati tak sempat dapat kemaafan mak, sia-sia je.
kita kena ingat, dalam hidup ni, kadang-kadang ada benda yang tak betul kita buat. tapi kita rasa BETUL jugak benda tu. tapi orang tua, tahu benda tu. dan dia takkan biarkan kita dengan jalan yang tak betul tu. mana ada mak nak anak dia hidup derita kan?
sama ah macam pia. mula-mula pia tak nak dengar. pia lawan. kadang-kadang kita akan fikir bukan-bukan. konon-konon mak tak sayang kita ke apa....masa tu ah, pia rasa hidup memang lah macam tak berguna je. selalu rasa tak tenang.
tapi, nasib lah doa ibu tu tak pernah putus. kita dapat fikir balik ke benda asal. kita fikir akar nya balik macam mana. kita renung. macam mana prinsip hidup kita, dan apa yang kita tanamkan dalam diri. kata dulu, emak adalah segala-galanya? tapi kenapa bila jumpa konon-kononya 'permata hati', dah mula lupa apa yang pernah kau tanamkan dalam diri?
sebab pia pernah cakap, dari budak lagi, belajar rajin-rajin ni untuk emak, hidup ni untuk emak, nanti kena berjaya pun untuk emak... sebab biar mak bahagia sangat punya anak macam pia (dah sebab mak je yang besarkan dari kecik kan). tapi kenapa, bila tapak kaki dah sama besar dengan mak, jadi macam ni pulak? dah rasa hebat sangat?
dan bila kembali kepada benda yang asal... fikir dalam-dalam.... ya Allah, kejamnya aku kerana pernah buat dia menangis... kejamnya aku kerana buat dia kecewa.... kejamnya aku kerana buat dia rasa susah hati dan resah...
lalu, pia ambil keputusan... melepaskan 'dia' dengan labu-labunya. mak cakap, mak bukan nak tengok anak mak derita, tapi mak nak tengok anak mak bahagia nanti... jadi, mak harap anak mak tak dilepaskan ke dakapan orang yang salah.
ye, pia faham tu.... dan sebagai anak pun, pia tak pernah berjanji apa-apa yang tinggi melangit. tapi, insyaAllah, pia akan buat yang terbaik. akan penuhi apa yang emak hendak. dan yang penting, pia tak mahu emak menangis lagi. nauzubillah...
macam pernah pia cakap dalam cerpen pia bertajuk 'Janji Pasti', tulisan tahun 2005 yang dibukukan oleh Dewan Babasa dan Pustaka (DBP) dalam antologi cerpen remaja DBP 2005,
'keranamu emak, gunung berapi pun sanggup kudaki, tapi air matamu, takkan kubiar menitis walau sekali....'
so, harap pia pun tak jadi macam lalang. selalu ingat apa yang prinsip yang pia tanamkan dalam diri. semoga Allah selalu mempermudahkan jalan untuk membuat yang terbaik untuk emak. insyAllah.....
urm, hari ni semua orang dedicated entry untuk emak. tapi pia tak buat ah entry. call je tadi.. sebab 2 weeks ago, masa balik dah belikan dia hadiah telefon baru untuk hari ibu ni... hope mak suka T____T. apapun,
SELAMAT HARI IBU UNTUK MAK & IBU-IBU SEDUNIA....
cuba baca entry ni jugak. menangis pia baca.
hanya satu pintaku
.
.
.
.
dengan warna pia nih? malas nak cakap ah kan... :P
psst...
-orang tu selalu usik, pia anak angkat, sebab mak mata sepet pia mata bulat, mak putih, pia gelap. watdehel?:P
-OOhh ye, pia dari kecik memang tak pernah kurang kasih-sayang dari mak. so, kalau tengok pia kena cium ngan mak, selalu mak suapkan makan besar-besar ni, tu memang bukan benda pelik. okeh? mungkin dah 25 tahun, tapi mak masih layan macam budak-budak kecik lagi... ini series. ada orang cakap, macam mana nak kahwin macam ni....??? tapi pedulik ah. orang tu cakap jugak, MANJA, macam kucing parsi. ahhh, biar ah.
6 comments:
cuba jadi yg terbaik
nge~,selalu gurau anak2 pungut ni,hak2..sekadar gurau kasar
anak anak yang buat ibu bahagia :) dan sebagai ibu dia menunjukkan kita jalan ke syurga :) thanks share my post.
slmt hari ibu! :D
peri pia,
he...:)
naz,
betul tu..
hrp dipermudahkan urrusan yg berkaitan dgn mak...
aida,
sm jugak :)
Post a Comment