May 7, 2011

kita takkan mati dengan KEJIAN, dan takkan hidup dengan PUJIAN.

eh pernah tak kan... satu masa kau kena kutuk, keji, perli sebab kau ni taklah bagus sangat macam orang-orang lain tu, dan kau berasa sangat terguris... berasa sangat kecikkkk hati? pernah tak?


tapi dalam masa yang sama, kau masih bermanis muka, memamah segala perlian, kutukan dan kejian itu seperti sesuatu makanan yang sedap. sedang hati kau terguris tetapi kau masih menguntum senyum... masih menjawab seperti kau tidak terasa apa-apa, masih berbuat baik, masih menghulurkan pertolongan, masih meneruskan persaudaraan...


pernah tak??


>>>>>>>>>>

wehh, kalau orang kutuk kau, perli kau, keji kau selalu pun... anggap je semua tu perkara yang manis. telan ia dengan hati yang tenang. anggap itu dugaan kecil dalam hidup kau...


sebab, kita ni takkan dapat hidupnya dengan pujian,
dan takkan matinya pun dengan kejian.
kau faham tak faham ni apa aku cakap?


mak aku selalu jugak cakap...
hidup ni, kalau kau yang susah, sakit ke tak apa.
tapi jangan buat orang lain sakit....


jangan sentuh hidup orang lain,
sentuh hanya jika dia memerlukan kau.


dan takpe, ego kita serendah bumi,
tapi asal kita tak hanyut dengan ke'syok'an diri sendiri.


sebab tu aku takut sangat... bila kesalahan yang aku buat tu, berkaitan dengan orang.
sebab aku tak suka keadaan tu. aku tak selesa.
kalau aku jahat, biar aku jahat pada diri aku sendiri. bukan pada orang.


>>>>>>>
jangan jadi macam sesetengah orang,
rasa tak berkenan di mata, di hati, terus PERLI, KUTUK dan KEJI.


dan jangan jugak macam sesetengah orang,
bila kena DIKUTUK, DIKEJI dan DIPERLI,
terus hangin satu badan dan mengisyiharkan perangan dingin.


tak payah.
baik kau duduk diam-diam.
menegur bila perlu... dan menegurlah dengan sebaik-baik perkataan.....
boleh?


p/s:
kita rasa macam pernah membebel pasal ni dulu... rasa jelah...:)



IKLAN KEJAP:

(super barbie cutie, diary dan lain-lain)


6 comments:

Peri PiA said...

kamu tabah!!!

fatin hanani said...

hehe sedikt terasa hee..dulu fatin prnah mrh org sbb dia kata kat fatin hehe..tapi mybe lps ni x kowt..thnks entry ni menarik :D

Far8 budak baik said...

tu ar..yg penting
idup ni..jgn kasi susah org kn..
selamat hari ibu weh...hehe

soffya cik bulan said...

peri pia,
harap kan selalu tabah :)

soffya cik bulan said...

fatin,
xpe... pengalaman akan mematangkan :)

soffya cik bulan said...

far8,
setuju :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)