Apr 14, 2011

lain orang, lain cara dia bercinta

awok malas lah nak citer pasal cinta-cinta, love love ni bagai, tapi dah kome tanya, awok ceriter ler... (gaya macam tak macam usop ler, tapi tangan idok ler seghope itu :L)


ehem, ehem. bila post cerita pasal adik kahwin, bila post gambar adik kahwin, soalan kerap diulang siaran, ialah bila giliran awak? bila pulak nak makan nasik minyak awak? bila pulak awak yang naik pelamin? bila pulak awak tut, tut, tut... segala. bunyi macam beza, tapi membawa maksud yang sama, kan?


awok malas lah nak cakap banyak. sebab persoalan JODOH ni tangan tuhan. cuma selalu berdoa, ia datang tidak terlambat, dan tidak dengan orang yang salah... mungkin lambat sikit, asal tak sesal kemudian hari. ada kakak tu cakap jugak, biar lambat, janji speed. HA HA. nakai naaa....


dulu kan, bercinta selalu tayang kat friendster (masa tu femes amos fenster ni. awok suka benar up gambar, dan buat shoutout COMEL. haha). masa tu gambar pun tayang muka hak lawa sekali, yang dua kali taknak. tapi bila zaman FB ni, tak layan der gambar buat muka comel perasang lawa tuh, yang orang nak tengok, gambar penuh nampak style apa ehkau pakai time tu.. itu baru berduyung orang datang tengok dan komen. betul tak, betul tak? (angkat tangan macam ucop kalo kome setuju dengan awok)


so, memang orang tahu lah kalau zaman tengah mabuk asmara ke hape time tu. sayang menyayang, gaduh ke, bertunang ke hape semua. sweet couple lah katakan... si kawan-kawan duk komen. tu dia... sekali putuihhhh, yang sweet jadi swap je.  :P


jadi, status awok kat fb tu, SINGLE tak payahlah nak dipertikaikan. janji, bila awok nak kahwin, awok bagitahu kat sesiapa yang patut tahu. dan bila dah kahwin, awok bagitahu kat semua orang supaya bila dah up gambar ehem ehem, mesra-mesra gitu, tiada lagi fitnah dan syakwasangka. ngerti?


jadi, kita kena set, bahawa cara orang ni lain-lain.  mungkin ada orang bercinta nak semua orang tahu perkembangan PERCINTAAN dan KEROMEOAN dia. mungkin sipolan tu berasa selesa begitu. dan kalau nak bersayang-sayang atau bermakian hamunan di FB pun dia tak kisah... bila up gambar gitu-gitu pun dia tak kisah, so itu cara dia, toksah kome duk sibuk.


dan cara awok macam ni.... releks, cool, low profile.... (YE KE???), dan mungkin atas pembelajaran lalu, kome jangan jugak persoalkan. janji awok tak kacau kome kan?



 -maaf dengan bahasa awok.hantu kak limah terlalu menguasai diri. HA HA-

4 comments:

Peri PiA said...

insyAllah,doakan terbaik utk kamu

*lalaluna bella* said...

sye rse cgu pya da de bf..;)

soffya cik bulan said...

peri pia,
iyer cyg..doakan ye :)
moga ku temui yg terBAIK

soffya cik bulan said...

BELLA,
hehee....blm lahhh.
kjp on off. kire tkde lh tu. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)