kita kena jadi juruacara untuk majlis penutup tu. pagi-pagi kena pergi set up piala pusingan kasi lawa-lawa dan lepas tu gerak ke stadium untuk set up majlis. biasalah, tang protokol ni memang kerja rumit kan? bukan boleh buat main-main.
kat situ, panasnya ya Rabbi, sampai menusuk kalbu. even kita tak duduk bawah panas, tapi bahangnya memang terasa. kalau zaman-zaman bersukan dulu, itu perkara biasa kan? tapi bila dah tetua ni, dah jarang benar duduk berjemur berebut bola tengah padang, itu yang kulit jadi manja tu.
tengok student pun slumber je tengah-tengah padang bawah panas, perempuan dan lelaki tak rasa apa pun. macam tu jugaklah kita kan dulu-dulu?
jadi M.C pun, suara lemah je. nak announced johan pun suara macam tak cukup excited je. tapi apapun TAHNIAH lah buat SMK (P) AIR PANAS sebab dapat naib johan under 15 tahun. wahh, tak sesia dorang bertungkus lumus seminggu kat situ.
selesai je acara penutup, terus balik sekolah. masa ni rasa macam nak pitam pun ada. nak berdiri tak larat dah. si encik M, tak habis-habis usik takut dengan denggi lah hape. lepas tu ulang ayat hussin, kak limah oii, kak limahhh oiii, masuk ler. kena kokak dek nyamuk karang, dapat demam kapioka, sape yang susahhh? saja nak buat kita gelak kan??
malam, tahan dulu. rehat-rehat je. malas nak pergi klinik. sudahnya, pukul 10 lebih tu rasa tak tahan sangat dah. dia main sejuk panas sejuk panas gitu. yang tu kita cuak. kalau sejukkk aje, atau panas aje, okeylah kan. duk fikir, ni demam ke apa?hehe
pukul 11 malam tu jugak pergi klinik. klinik KITA ni tutup pukul 12 malam. so, pergi-pergi tu dekat kul 12 dapat masuk. doktor nak chek tekak, even aku tak cakap aku sakit tekak. dia cakap, tekak ada prob. so, semua sakit tu bermula kat tekak. panas sejuk, nak muntah, pening, sakit pinggang yang kita rasa semua tu sebab sakit kat tekak. kalau kurangkan aktiviti kat tekak, bakteria akan berkurangan, dan kurang sakitlah tempat lain. lebih kurang macam tu lah penerangan dia.
jadi, hari ni dapat MC sebab kalau pergi sekolah, tak pakai tekak macam mana, siapa nak mengajar budak-budak yop? lagi satu, budak-budak ni, kalau cikgu tak larat, cikgu duduk, makin herolah depa. semalam rasa malas nak mc sebab boring weh duduk rumah, tapi kita tahu, kalau kita berdiri banyak-banyak hari ni, mesti rasa nak pitam lagi....
orait, ni gambar sekitar kejohanan HOKI MSSWP wilayah keramat semalam...
kak ida tukang jaga hadiah
itulah tempat m.c
padang mak oii, berumput karpet
tengok, budak releks je berjemur ha
satu malaysia!
team under 15 SMK (P) air panas
✿✿✿✿✿✿✿✿
IKLAN!
jemput singgah:
(boleh klik gambar header untuk ke blogshop)
6 comments:
jage diri syg,mkn ubat
ticer pose abes...
minum 100plus bebanyak +air kosong..
jage diri ye...
peri pia,
mekaceh kakak :)
ceroi,
hehe. ticer mmg dier tuhhh
hana,
ohh mekasih hana...
Post a Comment