Mar 31, 2011

latihan tarian. penat tapi seronok T___T

eceh, gaya awok cakap macam awok je yang berlatih. HA HA. takde, takde, saya bukan yang berlatih tapi tukangsibuktengok orang berlatih. sebab nak kata jurulatih tu, macam tak padan pulak. sebab kejuruan tu kurang.


tapi kan, bila tengok bebudak berlatih gitu kan, teringat zaman awok dulu yang berlatih. kadang-kadang boleh bergaduh sesama kawan sebab ada yang lupa step, lepas tu nak buat step yang itu tak nak, ini nak macam ni, itu nak macam tu, lepas tu masing-masing nak tunjuk 'akulah yang paling terror, kau ada?' HA HA.


kat sini, inilah pentingnya peranan KETUA. ketua, harus dihormati dan diikuti. sebab kalau orang tak ikut ketua, itu yang kumpulan jadi tunggang-langgang. dan bila pulak banyak yang berlagak nak jadi ketua, hancurlah semua. sebab itu, peranan ketua sangat penting.


sama jugak dalam hal ni. even kita ni cikgu, tapi budak-budak ni macam tak reti nak beza yang dia tu pelajar je, dengar lah apa cakap kita. dah kita makan garam dulu kan. tapi oleh sebab depa tu terror, lebih terror aku menari dari cikgu tu nokssss, so, lagak depa tu lebih sikit lah kan. kawan-kawan yang tak pandai atau lambat sikit, depa mula nak sembur aje. itu yang buat kita pun jadi hangin sama.


katanya, esok pagi ada lagi rehearsal. ohh nasib baik rabu semalam, pengetua tak banyak komen. cuma kostum sahaja yang diulas. harap esok pun sama. pia dah try carikan kostum. harap dapatlah yang kena dengan dorang.....


korang pulak macam mana? pernah berlatih dalam kumpulan macam ni? pernah hangin satu badan bila kawan-kawan tak berdisiplin berlatih? ce cite, ce cite... ;)






p/s: semakin lama idea makin tak ada. bila campur malas, blog pun tak update. so, mulai sekarang, nak berblog je apa yang berlaku seharian, boleh kan.....

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ape pon situasi jika ade yg xdisiplin memang angin la yong...

~aSHa~ said...

kami kat sini pun hujung tahun lepas berlatih sendiri gak....share2 idea....tapi takde yg sembur sana sini...sbb dah matang2 kot masing2...ehehhehhehe

.:sweet honey:. said...

aslkm,mf ye komen x bkaitan dgn entri.
nk bgtau awk di tag,meh tgk meh..

http://ga-contest-segmen.blogspot.com/2011/04/jom-join.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)