Mar 30, 2011

demi masa :)

dah lama blog ni tak update kan? sekarang macam dah biasa pulak tak update blog. perangai malas ni kalau diamal, memang menjadi. ha, tengok, blog pun rasa tak cuak dah kalau tak bukak. adehh. mostly memang lah sebab masa.


sejak dua menjak ni, karier pia memang ambik masa pia betul. bukan aje kat sekolah dari pepagi sampai petang, bawak lagi kerja tu balik nak dipulun. mana masa nak bersosial lagi, kawan-kawan, fb bagai semua, lepas tu nak tidur celik-celik hadap lagi kerja lepas tu pergi sekolah... dan rotate lah benda yang sama setiap hari.


bukan nak mengeluh, sebab semua orang pun ada rutin masing-masing, tetapi bila kerja sampai ambik masa kita kat rumah, itu bagi pia sesuatu yang agak membebankan lah. sebab tu kakak pia marah bila dengar kerja sekolah bawak balik rumah. katanya, jangan bawak balik kerja kat rumah, jangan. tapi mana sempat oiii.... lagi pulak kita cikgu baru, itu lambat, itu tak tahu buat, lagi bagi banyak kerja kat kita, so ia memang tak sempat lah nak kejar. dah kejar-kejar tapi tak dapat-dapat. haihhh.


dan ni duk bersibuk-sibuk dengan mesyuarat PIBG. pia kena jaga bab persembahan. kena latih budak tarian.

tetau jelah, dah pia memang kebolehan arah tu, benda tu lah depa bagi buat kerja. tapi pia suka... sebab duk jaga budak-budak berlatih semua, seronok. teringat zaman belajar-belajar dulu. pia memang aktif menari dari sekolah rendah lagi. tapi aktiffff sangat tu tak ada lah. ada certai-certain tarian je pia boleh buat.


cuma zaman sekarnag, zaman 1 MALAYSIA. jadi tarian semua nak mix kan. konsep satu malaysia mesti kena apply. pening jugak nak fikirkan..... nak-nak bab kostum dengan bajet yang tak ada. jadi, apa yang ada kita bedal jelah...yang penting, kita dan student kita dah buat dan usaha yang terbaik ye dak?




 

  

dan ini pulak gambar lama pia...




Pementasan 3 buah teater, Mac 2009


ni pun tarian yang dipentaskan tanpa kostum yang lengkap. satu, tarian joget dan satu tarian melanau. bedal jelah...kan? masa universiti dulu. persembahan selingan untuk pementasan teater. ohh ye, pia berlakon jugak teater tu...


apapun, harap dorang dapat perform yang terbaik sabtu nanti... insyaAllah...T___T

1 comment:

Mag said...

comel ja make up then buat show... nice!.. haha.. anyway.. Mari lah join GA kedua dari saya!..
best!.. silalah ke..

http://magribmenjelma.blogspot.com/2011/03/2nd-give-away-dari-magrib-ga-datang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)