Dec 16, 2010

SHARING: kenapa orang tak dapat jejak blog kita bila kita tukar URL dan pengalaman DUET dengan ANA RAFFALI. fulllamak!!!

wahh ANNA RAFFALI!
boleh pinjam gambar ni nak masuk contest peace-pecae tu tak?


actually, aku baru saja blogwalking. dalam rajin-rajin blogwlking tu, teringat seorang blogger yang telah terpengaruh dengan aktiviti blogging dari aku nihh satu tika dulu, yang merupakan housemate dan karaokemate aku dulu.


terfikir, ehhh, lamalah tak singgah blog dia. apasal aku tak dapat sebarang update dari blog dia ek? dia dah tak blogging ke? tapi takkanlah kot.... so then, pergi cari kat FB dia, sebab senang sikit nak cari URL tu.


terkejut den. tajuk update terbaru wahh memang hot tak hengatlah adik aku nihhh. memang aku tabik katil springlah kat dia. BERANI! dulu pun dia pernah menang pertandingan karaoke kat SURE HEBOH tau. ni dia buat lagi kat sure heboh jugak. aku tahu, kalau aku ada masa ni kan, histeria kot aku. (over, over) eh tak tak. tapi mungkin akulah penyokong terkuat time tu. hak hak. tumpang glamour memang no satu wehh. grrr


memang sedap suara cik arnab ni tak payah nak nafikanlah. so, bila baca tajuk entry dia ni pun, aku tak hairanlah sangat, sebab memang PERCAYA dengan YAKIN. hak hak. cuma yang aku tak percaya ialah, berani pulak si anna nak duet dengan dia ni? statement undang botol baling kepala fan anna nihh. =P


apa tajuk entry tu, baik kau tekan je link bawah ni kuat-kuat. yang pastinya korang kena tipu sebab yang DUETdengan anna rafali ialah cik arnab buka cik bulan. hehh. cik arnab ni kawan suka-duka masa praktikum dulu. meskipun masa praktikum aku banyak sibuk hal aku sendiri tapi apa-apapun, aku ni tak lupa kenangan-kenangan yang pernah kami ciptakan dan luahan-luahan tentang CINTA masa dulu-dulu... hak hak. ingat lagi dik?


tu dia... cik arnab duet dengan anna rafali tu. fuyoohh! nak tahu lagu apa, tekan tajuk entry ni

DUET DGN ANNA RAFALI..OH YEAH!

"bila kita menemui kawan yang berbeza dari kita, harus bersedia, kerana pasti wujudnya bermacam-macam rasa dan peristiwa, tapi kita kena ingat, apapun keadaan, pasti tetap ada budi yang terhulur dan kenangan yang tercipta. kan?"


okeh, yang sebenarnya, aku nak kongsikan benda ni.ni jugak teguran untuk Cik arnab jugak. mungkin dia terlepas pandang sebab aku pun pernah melalui benda ni dan ia memang persoalan biasa kita jumpa dalam dunia blogging iaitu kenapa kita tak dapat jejak blogger-blogger tertentu, sedangkan URL tu betul dan blog tu masih beroperasi, means kita tahu yang dia tak tutup pun blog tu.


okey, jawapannya ialah sebab blog tersebut dah tukar URL dan bila orang search guna URL tersebut, atau tekan URL sedia ada di side bar blog ke, atau tekan entry yang digoogle ke, memang takkan jumpa. yang keluar ialah benda alah ni.



sama jugak dengan URL entry-entry kita yang lalu. ia memang dah tak berfungsi. tak percaya, cuba tekan link satu dan kemudian tekan pulak link dua. ni aku bagi contoh based on blog cik arnab lah ye =]

link satu (URL lama)
http://akmabreep.blogspot.com/2010/08/pengalaman-temuduga-bakal-guru.html

link dua (URL baru)
http://celotehsiarnab.blogspot.com/2010/08/pengalaman-temuduga-bakal-guru.html


so, nasihat cik bulan, masa kita nak buat blog, kita harus fikir sebaiknya URL yang terbaik untuk kita. macam aku jugak, mula-mula blogging dulu, aku pakai URL apa tau, eceh, malu pulak nak sebut, http://gadismanis86.blogspot.com (malu tapi highlight. pelik, pelik) tapi bila rasa tak suka, tukar pulak jadi URL sekarang. maka dengan secara tak langsungnya, aku telah terputus hubungan dengan follower-follower lama yang seramai 60 orang lebih tu.


iye, ini kerana bila kita tukar URL, follower kita dah tak dapat sebarang update dari kita dan bila dia klik URL kita kat mana-mana pun (URL lama), memang ia takkan jumpa kita. hilang jejak lah kiranya. kecuali, kita pergi bagitahu sorang-sorang, URL kita yang baru.


cik bulan dulu macam tu jugak, tetapi, TETAPI ye kawan-kawan dalam ramai-ramai follower, yang terbaik tentulah peri pia. dialah penyokong utama blog ni, yang baca satu-satu entry dari mula aku blogging dulu tu dan tinggalkan komen walaupun masa tu takde siapa nak tinggalkan komen pun kat entry tu. hak hak. gila sedih. sob sob. peri pia jugak yang memaklumkan masalah ini kepada aku dan sebab itu aku dapat mengenal pasti masalah tu.


so, hope entry ini dapat membantu kawan-kawan dan cik arnab juga. kalau ada pendapat nak tambah, bolehlah bagitahu ye. sebab ni based on pengalaman dan pendapat cik bulan sendiri saja.....=]


pesan tahibulan:
mana yang baik kita kongsikan ye... jangaN makan sorang-sorang=]

7 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

wahhh, dengan anna raffali owhh duet tu..

well, sis, ye ke mcmtu? tukar url, lgsg lost contact? bhya jugak ye.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ana sgt sweet kan????

. said...

wah.ana raffali

Sheherazade said...

hak2...me kaceh awww

erk,ku cadang nak tukar URL ni :(

CT said...

Wah! Anna Rafalli...ddk renggang2..jangan pegang2...hehehe

said...

kak yanie start blog sejak hujung tahun 2007...pastu bnyk kisah2 lama dalam blog lama tu...

kak yanie tak tukar URL...tp kak yanie kunci blog tu rapat2...

dan bukak belog baru....hehehe....

cik arnab said...

wah, terharu sgt cik arnab, sbb sifu cik arnab a.k.a antara blogger hebat sudi wat entry psl cik arnab..hik2..tq cik bulan.. n cik arnab dpt satu info plak dlm entry ni, so, camne nk kasi semua org tahu url kita yg br? kena blogwalking ke setiap blog ker? or ada cara lain? cik arnab bukan pandai sgt bab2 ni, byk belajar dgn cik bulan, seb baik cik bulan ni seorg yg xkedekut ilmu, n selalu tunjuk ajar cik arnab..tq for ur support sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)