Sep 12, 2010

Dato' Sosilawati Nouvelles Visages (NV) | kehilangan yang menggemparkan, penemuan yang mengejutkan

Kehilangan yang menggemparkan


kalau yang mengikuti perkembangan semasa, memang tahu benar akan kedua-dua peristiwa ni. aku yang tak berapa nak ikut ni pun ambil tahu jugalah sikit-sikit pasal ini, sebab orangnya bukan asing dengan dunia kita bukan? beliau adalah pengasas satu jenama kosmetik terkenal iaitu Nouvelles Visages (NV) Sdn Bhd, dan pernah menjadi isteri kepada seorang penyanyi popular di negara kita, iaitu NASH leftended.


apabila beliau hilang pada 30 Ogos 2010 yang lalu, maka gemparlah seluruh negara. malah, kehilangan beliau tidak berseorangan, tetapi disertai dengan tiga lagi individu iaitu, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu selepas mereka dikatakan keluar bersama-sama untuk satu urusan jual-beli tanah. apatah lagi, semasa kehilangan, Dato' Sosilawati dikatakan turut membawa bersama-sama wang tunai RM4 juta untuk urusan pembelian tanah tersebut.


kehilangan tersebut terus meninggalkan tanda tanya kepada seluruh penduduk tanah air sehingga hari ini. aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga beliau terutamanya anak-anak beliau. apatah lagi di saat-saat hari raya sedang diraikan ini, ibu mereka masih belum ditemui. semoga ahli keluarga Dato' Sosilawati tabah menghadapi keadaan yang amat memeritkan ini, itu doaku dan juga mungkin doa kamu semua juga begitu.


bahagian paling menyedihkan ialah menurut sumber (maksu aku), bonet kereta Dato' Sosilawati yang ditemui di Sunway (betul ke tempat penemuan ni ek, maaf kalau salah) dipenuhi dengan kerepek yang dipercayai dibeli di Banting, selangor. umum mengetahui Banting adalah salah sebuah tempat penghasilan keropok yang pelbagai, sedap dan murah. (bila buat statement ni terus teringat kat yushidaya dahrumi, iaitu seorang classmate masa kat UPSI yang menjual keropok dari Banting). pastinya beliau membelinya untuk anak-anak dan tetamu untuk persedian raya bukan?



Penemuan yang mengejutkan



setelah 13 hari kehilangan, hari ini KOSMO melaporkan penemuan empat mayat yang dipercayai Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dekat pantai Morib, Selangor semalam. rasa nak tersedak jantung aku bila baca tajuk berita ni di blog peri pia tadi langsung memulakan siasatan (eceh, gaya FBI konon-konon). seluruh keluarga aku yang setiap hari masing-masing sibuk dengan kehilangan Dato' dan selalu juga mendoakan keselamatan beliau dan keamanan untuk anak-anaknya itu turut terlopong bila aku baca kuat-kuat tajuk berita itu dari blog peri pia.


cepat-cepat saja mereka datang hendak membaca berita sebab hari ini tak sempat beli surat khabar dan tak sempat nak tengok berita. yang sempat ialah makan, makan dan makan. rasa insaf sekejap, bila aku terkenangkan anak-anak arwah (jika benarnya berita yang diterima tadi itu), bagaimanalah mereka? mampu ke mereka makan enak-enak macam aku, berselera nafsu meskipun nawaitu dan azam ingin menguruskan badan? mesti mereka tak beraya mana dan tak berselera makan, mungkin. cepat-cepat menginsafi diri. harap kalian pun sama.


paling menyedihkan bila aku baca tentang cara kematian mereka yang cukup menyayat hati iaitu kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. aduhh, sayunya hati bila teringatkan kematian mereka. bagaimanalah sanggupnya manusia berbuat demikian terhadap manusia yang lain, sedangkan kita ini bukankah tercipta dari sumber yang sama, yang tiada bezanya kita, tiada siapa kuat dan siapa lemah, tetapi ada di antara kita boleh menjadi lebih durjana menganiyai seseorang yang lain pula? isk, manusia berhati syaitan. tiada pegangan, apabila nafsu dirajai syaitan dan wang.


kami beristigfar dalam-dalam... terfikir, susah juga bila kaya bukan? miskin pun susah.... kaya pun susah...isk. yang lebih memeranjatkan, dalang dalam pembunuhan itu bukannya orang lain. malah, polis telah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut, tetapi motif pembunuhan belum dapat dipastikan setakat ini.


tetapi, berdasarkan berita dari KOSMO itu, pembunuhan dato' sosilawati dipercayai didalangi oleh seorang Datuk yang mempunyai kaitan dalam urusan penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang dan datuk tu telah banyak disabitkan dengan kes sedemikian, iaitu kes kehilangan pelanggan-pelanggannya tetapi tidak pernah disabitkan kesalahan kerana mempunyai ramai kenalan dari kalangan orang kenamaan. isk, pelik kan?


lihatlah dunia...nyawa sudah tak bernilai lagi. kalau nak kekayaan orang, bunuh saja dia. kalau benci orang, bakar saja. kalau dengki, hancurkan saja. tidak difikir akan diri orang lain, keluarga orang lain yang penuh pengharapan, dan kehidupan orang lain yang penuh dengan impian.ish, ish, ish... beristigfar aku dalam hati, turut mengingatkan diri sendiri. jauhkan aku dari sifat-sifat kotor dan hati keji begini ya Rabbi...


(kredit:kosmo online)


Doa tahibintang:
moga diri cik bulan terus dilindungi... dari kejahatan syaitan yang direjam dan hati manusia yang keji...


Pesan bintang:
kita tengok berita di TV3 dan TV9 kejap lagi ye apa kata anaknya dan benarkah berita yang diterima?





3 comments:

ardinihumaira said...

semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapinya.. amin..

Sheherazade said...

Al-Fatihah

teramat terkejut dan sedih manusia semakon kejam!

terima ksh syg diats kredit itu

bgs sgt entry kamu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dasat kekejaman kat malaysia skang nieh yongg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)