Aug 29, 2010

dalam pahit ada manisnya...:)

 [promotion! sila rajin-rajin ke blogshop saya okeh. shawl glamor ada...klik sahaja gambar okeh]

sejak bila aku bertukar penulisan ala-ala tak bermoral sangat aku ni ke ala-ala series nak mati pun aku tak pasti, tapi ini kerana gara-gara mahu menghasilkan hanya satu entry saja satu hari, jadi aku letakkan piawaiannya begitu.kalau satu saja, mesti ia penuh, padat dan panjang.hakhakhak.


sebab itulah aku aniyai kamu semua nak kena telaah kat blog aku lama-lama.... tengok entry aku, semua cecah lantai kan.sampai yang membacanya pun mungkin skip, skip, bila membaca. tak apa...tak apa. dalam entry aku yang lalu pun aku ada pesan, baca mana-mana bahagian yang penting bagimu, jika tidak, biarkan saja okay?


berbalik kepada tajuk, dalam pahit ada manisnya itu... tak lain tak bukan tentang perjalanan hidup beberapa hari ini. eh dah lama kan tak update pasal perkembangan diri, sosial life semua kan. yang update semua pasal benda series-series kan... kalau rindu, nahh inilah entry yang ditunggu-tunggu. ececeh, lagak ala-ala diva tu.. macam super popular kan... tapi tak apa, berlagak pun kat blog sendiri ye dak?


dulu, member aku cakap,
blog pia, kelakar..gelak memanjang aku baca...


itu dulu jue. masa tu update 5-6 entry satu hari, sampai cerita sengal-sengal ubi pun boleh jadi story, kan? jadi, apa kata dalam entry ni kita balik menjadi sengal-sengal ubi berisi, boleh? ringan-ringan punya entry tapi ada sedikit falsafah okay?



perjalanan karier

aku memang terstop cerita pasal temuduga GST 2010 hari tu kan. padahal banyak sangat perihal nak cerita. tips-tips semua lah nak kongsi, tapi terlupa dan terpergi cerita pasal benda lain. jadi, jangan marah aku. sila marah benda lain tu...siapa suruh kacau minda aku kan, kan...


jadi, bila dah pergi temuduga tu, aku berharap lah nak dapat kerja tu kan. kerja dengan siapa? kerja dengan kerajaan. sebagai apa, sebagai cikgi. cikgi kat mana? itu yang kita tak tahu tu... tapi encik comel tu kata, tahun ni nak pakai ramai cikgu bahasa Melayu yang tak layu. aku agak-agak aku ni tak lah layu mana. kayu mungkin. hakhak (tapi tang layu tu aku tambah je okay...hakhak, padan muka, kena tipu oleh aku!).


jadi, sebelum mendapat kerja tetap tu, aku perlu usahakan benda lain dulu lah kan... kalau tak, siapa nak bagi aku makan? kamu? tak nak kan tanggung biawak hidup... apatah lagi mak aku, kan... (mak aku tak cakap pun aku tapi semangat dalam diri sebabkan aku memang tak teringin jadi biawak hidup yang hidup ditanggung. ohh tidak) jadi, aku usahakan satu perniagaan yang dulunya hanya MLM tapi kini aku juga ada perniagaan kecil-kecilan. itulah yang menjadi periuk nasi aku sekarang, selain bertemu pelanggan setipa hari untuk khimat kecantikan dan kesihatan, macam ini...:)


 kerja aku setiap hari, isnin-jumaat.
luar waktu berdasarkan appoinment...

tapi bak kata orang, perjalanan itu takkan selalunya sunyi, lurus saja. pasti ada corner side dia kan, jadi bila salah belok, terbabas lah juga. samalah macam aku... kalau tak terbabas pun, terhenjut-henjut kereta sebab lupa nak tukar gear. eceh. (psssttt....lesen tak lepas lagi oiii.grrrr...encik M cakap makin belajar, makin tetttt.hahahaha). tapi alhamdulillah, kalau ada rintangan tu hadapi, jadi bila dah hadapi, insyaAllah ada jalan nak selesaikan, kan...


sabar itu penting, kalaupun kita tak tahu sampai bila harus sabar. yakin itu harus, sebab kalau tak yakin kita akan buat sesuatu separuh hati. dan percaya....percaya pada diri sendiri, pada orang lain yang turut ada dalam lingkungan tu semua kan... memang macam-macam dugaan, terutamanya dengan myelly. tuhan saja yang tahu.. dan akhirnya, semua berjalan dengan baik sekarang kalaupun belum mencapai tahap yang kami mahukan. syukur sangat-sangat, dengan peluang yang sedikit, dapat kami lonjakkan menjadi rezeki yang segunung sikit demi sikit. insyaAllah....:)


ketika dugaan....senyum...:)

ini antara dugaan kami.... ceritanya, biarlah rahsia.tapi senyum tetap senyum kan. sebab katanya puan CEO, biarlah, apa yang berlaku, kita tetap harus selalu senyum, dan bermanis muka. kerana kita ni hanya mentimun, bergolek luka, tak bergolek pun luka....(T_T) selalu kata-kata itu bermain di kalbu. syahdu.;( eh eh bukan, macam ni :) ye tak?


lalu semalam, gerai kami yang dibuka di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI telah mendapat kunjungan ramai meskipun paling lewat membuka booth di sana. tak sempat melayan karenah student dibuatnya, nasiblah kakitangan sudah betambah. seronok, dan ini kali pertama myelly berada di tapak, meniaga secara offline dan soffya eshope adalah kali kedua selepas di Kolej Zaaba, UPSI dua hari lepas (tapi cuma jualan kecil-kecilan).


kan sudah dibilangi, dalam pahit, ada manisnya bukan, itulah dia... kepahitan itu ada kebahagian yang menanti... ???


kehidupan adik-beradik/kekeluargaan

aku ini anak dagang. adikku juga. jauh dari keluarga... jauh dari mata, tapi di hati, tidak, bukan? dulu, selalu bergaduh. pantang berjumpa, bergaduh, bergaduh. macam anjing dengan kucing, tak boleh bertemu. kalau tak kena sedikit, akan jadi besar selautan. aduhh. kerana baju sehelai, boleh rosak gegendang telinga. kerana apa, silap kena clorox baju dia. hakhak.


tapi bila dah besar, hidup mula berjauhan. baru tahu rasanya. padan muka kaulah! rindu ya rabbi.... tak boleh nak cakap. dulu, masa aku di UPSI dan dia di POLITEKNIK, isk gilalah nak cakap rindu ke apa kan, tapi hati rindu sangat nak hang out sama-sama dan paling kurang, duduk berebut makanan kat rumah kan...


yang bestnya, aku ni takut adik aku..hakhak. terbongkar rahsia. sebab dia garang.. aku tak. eceh. dengan orang lain garang lah aku ni... dengan dia, aku selalu kena buli. kak, ambil air kak (dia makan sambil tengok TV). kak, tolong kejap gosok baju (dia bangun lambat-lambat)... gitulah lebih kurang. tapi yang pasti, dia pandai masak, tak macam aku. aku ni up sikit dari dia, tak pandai, cuma terer masak. hakhak (tipu, tipu).


cakap pasal masak kan... dulu aku ada sejenis masakan yang selalu aku suka masak bila free. dari maksu aku belajar gitu-gitu je kan, so aku balik buat sendiri. nasi serai nama dia kot. aku panggil macam tu.. sebab nasi, ayam semua pakai serai. bila aku ingat balik kan, aku ni ada talent jugalah bab masak, tapi bila pergi praktikal dulu, 5 bulan tak pegang sodep (makan kedai der...tak ada tong gas, tak ada dapur. sewa rumah sekejap je kan), so, mana ada peluang nak masak dan lama-lama jadi kekok. balik kampung 2 hari.. sempatlah kupas bawang dan masak cincai-cincai saja... satu lagi, aku paling suka buat cek mek molek. hakhak. memang cek mek aku buat molek-molek semua macam aku jugak, molek. hakhak.


(maaf, entry kali ni banyak hakhak walaupun untuk seseuatu yang tak berapa nak lucu. sila faham ya). lalu... kita berbalik kepada tajuk kecil, aku ni rindu adik. tapi ego nak cakap, cuma bila dapat jumpa, tenang hati aku. nak cium-cium pun ada. grrr... teringat pula zaman pakai baju sama-sama, dari kecil-kecil, macam boria.
dulu macam tak berapa best je kan, tapi sekarang, rindu wehhh....


ni masa dia 4 tahun, aku 6 tahun.


jadi, sekarang dia di Klang, aku masih di tanjung Malim. sempat jumpa-jumpa sebelum ni tapi tak lama sangat dan tak keluar-keluar sebab atas beberapa musabab. lalu... hari minggu lepas, aku teringin nak berbuka puasa sama-sama. jadi, aku pergi rumah dia, tidur sana. cess, sampai pagi kami tak tidur, borak punya pasal.


tapi kan, aku selalu rasa aku ni adik, sebab aku agak gila-gila ciskek dan adik aku agak matang. aku banyak pot pet dan adik aku banyak dengar. aku banyak gelak adik aku banyak senyum. dan adik aku pandai control duit, tapi aku tak berapa pandai. huuu.... tapi yang pasti, adik aku memang comel dan aku lagi comel. hakhakhakhak (muntah).




adik aku bawa pergi AEON dan GM, kelang. sengih je aku macam kerang busuk. maka melayanlah mereka (dia dan tunang dia.sorry okay, adik aku meskipun comel tapi sudah berpunya.grrr...) kehendak aku ni. nak itu ini, tengok itu ini tapi tak beli pun..hakhak. ada beli, spek mata.


 spek mata baru kekonon...lama dah nak pattern gini

ha ni spek mata baru okay, lama dah nak cari pattern ni jumpa juga kat brands outlet. he...suka, suka. somel tak? (tiba-tiba jadi pelat pula.ahh gedik.).lepas tu beli baju dua helai (murah je sebab sale kalau tak sale maaf, ya...he), lepas tu aksesori tangan, dan aku nak cari kasut untuk kaki gajah aku ni, tapi tak jumpa.


banyaklah orang ambil gambar aku, macam artis daaa...hakhak

peace..
adinda...
(psst, dia pakai shawl dari soffya|eshope okeh)


ha, perasan tak aku berselipar...itu tandanya inilah kali pertama setelah sekian lama ini aku berjalan-jalan ronda-ronda macam tu pakai selipar. biasa mesti pakai plat shoes atau wedges. sebab apa? sebab kaki aku terover cantik sampai rasa nak sembunyikan nanti ada yang jealous.hakhak. dan aku inginkan kasut baru dan hari tu saja nak berlagak cool pakai selipar jalan-jalan, okay tak?


okay, ini dah tiba part sedih... maka, kami berbuka sama-sama.... makan banyak-banyak. kenyang tak payah nak cakap. sebab kami beli macam-macam konon kami cakap, aku beli ni, kau beli tu, ha tambah yang ni, itu. kuih ini itu...tak apa lah kan kita makan kongsi-kongsi kan. jadi, jenuh nak perhabis. dan itulah kali pertamanya sepanjang bulan puasa ini aku makan banyak sampai macam tu. aku agaklah kali terkahir makan hodoh macam tu adalah masa budak-budak dulu...(tipu, tipu, hiperbola.grrrr).


bila aku cakap
"eh kenyangnya...tak pernah makan banyak gini ni..."

adik aku pun cakap
"ya ah kak, adik pun sama...tak pernah gak.kenyangnya..."


sedih sob sob sob hati aku ni. ye, bila rindu... kita akan jadi macam tu bila bersama. mengulang kenangan zaman kanak-kanak yang makan banyak-banyak lepas tu standby nak pergi main sembunyi-sembunyi tang nusuk) dan polis sentri. he...rindu wehhh.... sedih juga bile mengenangkan adik aku cakap, berbuka selalu seorang-seorang. kasihan... kadang-kadang dengan kawan satu rumah dan tunang, tapi macam mana lahj sangat kan...


begitulah bagai dikata, dalam pahit ada manisnya... pahitnya jadi anak dagang, ada rindu di dada, tapi manisnya tetap ada bukan... manisnya ialah bila bertemu itu. kegembiraan yang terasa. kerinduan yang terubat. begitu juga dengan berpuasa. salah satu hikmah berpuasa ialah kegembiraan bila berbuka setelah menahan lapar seharian...kan?


nasib baiklah si putih aku ni ada dua ekor budak comel sebagai penghibur. see, comel kan? geram aku nak cubit-cubit.isk.


kamu pula bagaimana, pasti ada bukan, kemanisan yang dirasai dalam kepahitan? kongsikan...ayuh :)


Bintang cakap:
semalam agak penat, di booth kat KHAR, UPSI...:)

tahitbintang pesan:
carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga, bukan?


6 comments:

Sheherazade said...

inspirasi

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

besar nye spec...
;)

Mrs. Q! said...

cerita hidup yg seronok di bace :D
kie-yu doakan pia jd business woman yg bjaye 1 ari nnt
n cerita psl adek tu sgt menyentuh hati
ske entri ni :)

sugar2 kapas strawberry said...

ini mmg entry cecah lantai nih..ahaha :)

ardinihumaira said...

salam, pia..
dalam pahit memang ada manisnya.. sama2lah kita kecapi kemanisan walaupun terpaksa mengecap kepahitan... usaha tangga kejayaan.. tabah kunci kebahagiaan :)...


p/s: selamat beribadah di bulan mulia...
p/p/s: tentang iklan InsyaAllah dni akan cuba buatkan banner.. sorry tau lambat respon.. dni ada masalah peribadi lately.. tak sempat bw.. huhu

cik helena said...

pya makin mantap menulis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)