Jul 15, 2011

Sudah cukup kenangan untuk kita simpankan

sudah cukup. berkali-kali aku mengatakan sudah. jika makin dihimpun, penat untuk dibilang dan nanti penat untuk diingat. mungkin nanti akan mengundang parah jiwa. mungkin nanti akan mengundang rindu yang tak ketahuan, saratnya. bukan?


hidup ni tentang pilihan. hidup juga kita yang merancang, tapi perjalanannya Dia yang tentukan. setelah kau memilih jalan hidup kau, kau tidak berhak untuk menentukan hidup aku. jalan itu... aku akan lalui. mungkin bukan dengan rela hati kau, tapi siapa mahu peduli? usah tamak. kelak rugi diri sendiri.


aku menghormati, memahami dan bertolak-ansur dengan diri kau. tidak pernah sekali aku menghalang jalan yang kau pilih. biar remuk redam hati dan luka kian mendalam. jadi, janganlah pula kau menghalang jalan yang aku mahu lalui. jangan kau risau. sikit pun tidak pernah aku mendoakan keburukan untuk ruang hidup kau yang akan datang. sumpah. meskipun telah banyak susah kau berikan pada aku, dan telah banyak sakit yang telah aku lalui.


malah... aku selalu mendoakan kau punya kebahagiaan sampai sedetik pun kau tak akan mengingati insan bernama aku. sampai kau tidak akan lagi membilang kenangan yang pernah kita ciptakan. sampai satu masa, kau berkata pada diri kau... "ahh, perasaan cinta ini dulu adalah BOHONG". :)


cuma... macam yang aku katakan berkali-kali, andai kau gagal lagi, aku harapkan satu... carilah yang benar-benar sempurna untuk kau. yang 'benar-benar seperti kau mahu'. kerana kau amat pentingkan apa yang serasi pada hati kau. agar nanti mata kau, hati kau tidak lagi berpaling. tidak lagi menjadi seperti lalang. sekejap tegak, sekejap goyang.


aku berpeluang untuk merosakkan. tapi bukan aku yang berperangai begitu. aku punyai banyak ruang untuk melakukan, tapi itu bukan kerja aku. malah, aku jugak tidak menyimpan dendam, walau terlalu banyak onar dan sakit yang kau berikan. kerana, aku percaya Allah itu satu. dan tiap yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.... cuma, jangan memperkotak-katikkan kebaikan dan peluang yang aku bentangkan..... sebab sekali aku membuang, ke lubang cacing pun aku takkan dapat kau cari lagi....

lepas satu-satu yang kau lakukan untuk tangan ni...

apapun terima kasih sebab selalu mengambil berat...:)

apa yang baik tak pernah aku lupakan. bukan aku manusia yang bila marah, semua yang baik menjadi jahat. tak. aku bukan manusia seperti itu. bukan ke kita ni manusia yang mampu berfikir bulat dan dalam? 

dan aku tahu banyak benda yang kau buat yang orang lain takkan mampu buat untuk aku pun... tapi dah takdir kita begini, bukan? terima dan sabar. okeh?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)