Jul 14, 2011

belum baik sakit tangan, jatuh LONGKANG pulak. adoii.

hehh, ingat main bowling je boleh melongkang. jalan-jalan try tudung pun boleh melongkang tau? HiHi :P. belum hilang sakit tangan, tambah lagi sakit lain. nasib takde mak. kalau tak macam kecik-kecik mesti kena sound, ha, tulah degil sangat, meh mak tambah lagi meh :)


tadi penat kak K urutkan tangan sebab pergi berurut kat Bukit Bintang pun tak elok jugak, maka kak K menghulurkan pertolongan. melayang RM20 untuk setengah jam berurut ha. eh jangan nak fikir lain. jangan ingat pergi BB urut yang gitu-gitu-gitu aje ye. tangan terseliuh pun bulih :) sebab deme jugak yang rekemenkan. kita pun pergi jelah.... ye dak?


lepas tu kak K balutkan bandage sebab sepatutnya macam tu lah. lepas tu bila yang tanya kenapa boleh jadi macam tu dan jawab, salah tidur. depa usiklah... isk, yelah...tidur sorang memang lah macam tu. kaki tangan ke sana, ke sini. cuba kalau tidur berdua, jadi tak salah ah tidur. cess, kurang asam ler tu :P


budak-budak kemain bertanya. aku jawab, semalam cikgu lempang samseng, sampai bengkak tangan-tangan. HA HA, sila percaya. gelak dorang. aku cakap lagi, ni nak cari mangsa baru pulak nak lempang. budak degil-degil. dapat lempang budak tu, hilang lah sakit tangan ni. dorang hilang gelak tetiba. ha ha.


ganas tak ganas lah kan...?:P



ahh sakit-sakit pun tetap melaram kau....ha... :P
(bajet kereta sendiri lettewww huhu)


(Muka steady buat macam tak sakit. biasalah kata orang, kalau malu, sakit pun tak terasa. sampai kak K tanya, sakit tak kaki tu.. bunyi apa-apa tak jatuh tadi. jawab dengar tak dengar je...malu oiiii. haha )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)