Jul 10, 2011

9.7.2011

macam darurat. masa aku pergi carrefour lepas balik sekolah hari jumaat tu, orang ramai tak payah nak cakaplah. masing-masing sibuk sambar itu ini. bajet takut jadi macam 13 mei, isytihar darurat tak? nak bayar tu, sikit punya panjang. kalau tunggu lrt pun, maybe itu dah trip yang ke 4, 5.


siang 9.7.2011... intai tengok apa yang jadi? tapi area ni pinggir KL kan. semua nampak macam okey. apa lagi, pukul 1 lebih menunggu vios datang nak pergi kenduri. hampehh, tak datang vios, yang datang MYVIos. ekeke, just joking. yang penting, selamat sampai rumah kak K, kat sekolah wangsa jaya tu.


fatem dan encik mazlan beliau, stuck kat tol jalan duta. dari damansara nak masuk kl kan... memang lah jammed habis. dah satu tol je dia bukak. sabar ye tem... nasib baik sampai jugak :) first time tengok encik mazlan beliau live. fatem datang, sergah.


oiii, standard apa korang ni makan kat dalam? aku jawab, eh, gadis sunti memang macam ni, pemalu oii. mu tu lain lah, tak laku dah. haha. gelak fatem. yelah dah bini orang, mana ada market lagi kan? :P


macam-macam lauk ada. boleh ambik apa sahaja untuk kenyangkan perut. ni kenduri pertengahan tahun kata kak K. kenduri akhir tahun, ada lagi. setahun dua kali kenduri dorang buat. bagus kan? :) kenduri sempena aqiqah, birthday, dan macam-macam lagi lah...



sebab kenyang melampau, balik tidur. melayan si badan dan nyawa tu sampai terlelap. lepas tu, pukul 8 lebih, tengok keadaan okey je, terus keluar ke carrefour sekali lagi. banyak pulak yang nak dicari, tapi ada satu benda tak dapat. makan spaghetti masak sendiri time lapar-lapar okey jugak kan?? tak payah nak keluar sangat...T___T


then, lepak kat old town. tengok ramai je manusia. keadaan dah okey lah tu...dak? bajet nak online kat situ, konon nak upload laju-laju gambar untuk blogshop, tapi haram, line tak okey pulak duduk kat atas. so, minum dan makan jelah... makan roti bakar je tau? kawan je makan mi tomyam. boleh kan, ke tak boleh?


sudahnya balik... itulah aktiviti 9.7.2011. okey je kan??? ingatkan dah tidur makan sehari suntuk kat rumah je. yelah, sebab PDRM kita cekap kan...:) sebab tu still boleh keluar...sebab tu tak isytihar darurat kan...:)


esok harap segalanya lagi okey... nak keluar shopping ingatnya...

Sempena BERSIH 2.0 ni aku pun nak bersih jugaklah... nak make it clear. kalau tak faham-faham lagi tu tak tahu lah tu... kekeke. 



1 comment:

Sheherazade said...

ku tak dibenarkan keluar,huhu

seronoknya msh blh jln2,nge

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)