Jun 26, 2011

Tiba-tiba aku RINDU kat TANJUNG MALIM :(

tanjung malim... mungkin sesetangah orang tak kenal tempat ni, iyelah mana nak famous pun. bukan kota besar, tapi hanya sebuah pekan. yang hidup pun, sebab ada UPSI dan proton city. kalau tak, ramai yang tak tahu kot...

UPSIAN, semester (belakang kami tu bangunan suluh budiman)
-nasib dapat masuk upsi dengan mila-


masa mula-mula nak masuk upsi kan, ramai yang duk sakat aku, karang aku macam duduk zoo. apa pun takde, apa pun tak boleh. terperuk jek kat rumah. tapi aku fikir, aku ni nak pergi belajar, bukan nak pergi enjoy. apa nak fikir semua tu... lagipun, UPSI is the best kot untuk merealisasikan impian aku nak jadi cikgu ni... then, dapat je borang, dari 1-8 aku isi UPSI jek. lepas tu dapat lah 1st choice aku tu, ijazah dalam bidang pendidikan bahasa Melayu. senyum T_______________T


tanjung Malim, even hanya pekan kecil, tapi sangat tenang. bukak tingkap dari kolej, nampak bukit berkabus-kabus... lepas tu, sejuk je rasa... dan yang pastinya, duit tak banyak habis untuk enjoy lah kan sebab shopping complex pun takde kan?


tapi... jangan tak hengat, takde kat tanjung malim, kami redah gi KL. yelah, tiket ke KL baru RM5 masa tu (sekarang dah RM7). bas ekpress ye kawan-kawan... :) dalam 1 jam-1.15 minit ler perjalanan dari TM-KL. boleh pergi tiap-tiap minggu kalau duit banyak :S tapi kami yang duit sikit, pergi jarang-jarang ajelah kan...


pernah aku pergi sebas kot. bukan ah sebas sangat, dalam 20 lebih geng lah masa tu. jejalan reramai. bukan kawan aku semua, tapi jenis mengikut kawan yang ni keluar dengan kawan yang nun. so jadilah ramai... saja je nak jalan area Penjara PUDU tu taknak naik monorail. first time tu aku jalan. barulah aku tahu, bukan lah jauh sangat dari jalan hang tuah nak ke times square.


separuh test power... jalan kaki. separuh lagi naik monorail. (tepi tu kami bertiga, mila. pia.ena)


zaman suka mengedit dulu-dulu ni

 dah dapat keluar ke KL, shopping tak hengat ko...


urm, hari ni tetiba rindu kat tanjung malim datang balik. almost 4-5 years aku kat sana kot... so banyak sangat kenangan kan? apatah lagi kakak/abang angkat aku ada kat sana. lagilah terasa rindunya... tadi, saja jek post kat wall fb, tak tahu nak lunch kat mana hari ni. yelah, partner aku tiba-tiba ada hari keluarga pulak kat serdang. kena paksa katanya :P


kak elly pun reply status tu, cakap... tanjung malim ler. adehhh, tiba-tiba rindu tu terus datang membuak-buak. dengar pulak dia nak masak makanan kegemaran aku kan... hu, kak elly..rindu akak, rindu abang azrul, rindu farhan, rindu yeumm. rindu kucing-kucing. bibik je dah takde, nak rindu pun tak boleh... hehe.


maybe next week aku ke tanjung malim.. insyaAllah...

2 comments:

Peri PiA said...

kenangan terindah

love 69 said...

memang best tanjung malim.tengok kfc dye,sampai keluor beraturnye.rindu gak bile ingat pi sane 5 6 kali.best woooooooooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)