May 24, 2011

salah faham. ayam cakap lain, itik cakap lain.

semalam aku m.c lagi. sebab apa? sebab penyakit allergic makanan aku ni datang lagi. kalau biasa-biasa takpe, ni seluruh badan aku bengkak bengkil. dah ler malam isnin tu susah giler nak cari klinik 24 hours. yang bestnya, mahal gilerrrrr. yang ni, part lain aku citer.


orait. tiba-tiba pagi isnin sedap-sedap lena dalam pukul 8 lebih, 4 kali call masuk, baru aku terkejut... ketua panitia (KP) aku, kak hani.... kenapa pulek, pagi-pagi dah call kan...

pia...
ye...

tidur lagi ke? hehhh, bertuah punya anak dara!
(aku gelak)

pia, ada surat untuk awak ni...
surat apa?

kursus.
bile?

SEKARANG!!!!


omak kau! cerita lawak monday blues ke apa? tak pernah-pernah hari ni nak pergi kursus, hari tu jugak dapat surat. haihhh. so, aku citer la, aku tak boleh pergi sebab aku dah dapat m.c. memang badan aku masih merah-merah dan kegatalan itu sangat tak menyenangkan. so orang lain kena gantikan.


citer part 1 habis kat situ dan aku pun sambung tidur...

petang pulak. kerani sekolah, kak alice yang comel tu call, tanya if aku dah sihat, so boleh pergi untuk esok sehari lagi kursus tu... so, aku cakap boleh. sebab m.c sehari aje. okey, fine lah kan.

malam, kak hani telefon lagi, cakap, tak payah pergi sebab sehari dah kakak tu ganti, so biar dia aje yang pergi esoknya. okey, fine.


citer part II habis kat situ aje....

pagi tadi pulak... tiba-tiba kak tini ofis sekolah call. tanya kenapa tak pergi kursus.. so, aku tell her lah that kak hani cakap tak payah pergi. okey, dia cakap sebab dah kak hani cakap macam tu.


lepas tu, selang beberapa saat, kak susi (ketua bidang. atas lagi kepada ketua panitia) call, cakap, "safia.. safia kena datang... sebab pengetua nak safia jugak yang datang...." bla, bla, bla... okey fine, saya datang on the spot.


aku okey je bab nak gi kursus ni, cumanya kalau last minute ni, nak cari supir lah payah. nasib ada yang boleh hantarkan... dekat je pun, high school setapak tu je. terus bersiap dan pergi kursus tu sampai petang tadi.

habis part III okeh? masuk bab IV...



okey, citer pasal kursus tu... kursus tu tentang penandaan kertas II PMR, iaitu kertas karangan. memang cukup berbaloi lah pergi. dan hari ni aku sedar jugak, yang aku ni sangat RIGID dalam pemberian markah budak. huhh,. nasiblah korang....


takpe, bagi aku, kalau kedekut bagi markah sekarang, asal nanti budak tahu bagaimana nak improve karangan dorang dan ada peningkatan dari masa ke masa. jangan exam kat sekolah okey, tiba-tiba PMR betul, jatuh merundum. tak syok lah kan... ??? (memang ah tak syok, sebab time tu kenalah berjawab dengan puan pengetua. tanggungjawab awak, kenapa budak markah semua jatuh time PMR??? poning nak jawab time tu ha...)


lagipun ujian lepas, aku yang buat soalan exam. masa aku buat soalan tu, aku selalu terbayang muka budak-budak kelas hujung tu... camane lah dorang jawab nanti... so, soalan aku tu memang senang ah sangat. so, dorang memang dapat scorelah nak-nak kelas depan dan tengah. dah tu pulak soalan paper I aje, iaitu soalan objektif. main bulat-bulat aje.


so, depa macam berlagak lah kan.... memang bengang bila nak ajar budak yang bajet PANDAI nihh. so, kali ni, biar markah dorang turun. senang aku nak ajar sikit. baru dorang sedar, yang ilmu dorang baru setakat kuku, nak lepas jari telunjuk pun belum lagi....


berbalik citer tadi, dalam percakapan, mesti terang. dalam penyampaian sesuatu maklumat, kena betul.if salah informasi, kerja akan jadi rumit. jangan jadi macam itik bercakap dengan ayam... ayam cakap lain, itik faham lain... ye tak?


p/s:
tadi masa kursus duk tergaru-garu. haihhh, bengkak ni kejap turun naik... merah kejap naik, kejap hilang. bila habis ubat je dia menjadi ah. tolong garukan kejap? garu manja okey? haha. ni tengok, dah naik kat mata pulak... hu...

weh, jangan ah naik kat muka, tak macho ah macam ni....

1 comment:

Sheherazade said...

kamu nmpk bz,mc? :(

jage diri k,peluk ketat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)