kalau orang lain, bagi cemerlang, aku bagi takat kepujian je. stok-stok karangan aku tanda, markah aku memang takat-takat kepujian ah. nak bagi cemerlang, kirim salam :P kalau...karangan tu bunyi tak bunyi macam karangan budak-budak SPM, padahal budak PMR je kot baru...HU HU.
aku memang kritikal thingking punya orang. kalau bab cari kesalahan bahasa, atau jelaskan kenapa ayat tu salah, karangan tu tak sedap, bagaimana nak sedapkan... bak, bagi aku buat. aku suka perhati. kalau benda-benda dapat kat aku, aku akan analisis cepat-cepat. bak kata BLOOM, taksonomi aras tinggi. kau ada? takde kan...(bajet terer :P)
sama jugak ah, kalau dapat memo, minit mesyuarat, kertas apa-apa lah kat tangan aku, cepat-cepat je aku nampak kesalahan bahasa kat situ... mula ah aku nak betulkan. tak boleh tengok, semak mata. tapi dalam menulis blog ni, takde ah aku nak tunjuk terer. takde kejadahnya aku nak gi chek blog orang lepas tu cakap, eh hukum DM awak salah. sepatutnya janji temu, bukan temu janji. sepatutunya, restoran Alia bukan Alia restoran. takde maknanya.... karang semua orang sembur karang.... :S
sama jugak kat blog sendiri. cuba baca tulisan lepas-lepas, ada gak ah bunyi skema sikit. tapi ada orang cakap, takkan lah kat sekolah dah berskema dengan bahasa, blog tempat nak releks-releks ni nak berskema jugak?
kadang-kadang fikir, macam-macam mana keadaaan pun tak boleh consider dengan bahasa. takde kecuali-kecuali, kat mana-mana kena sama tulisnya... tetapi, bebalik kepada diri sendiri jugak. rasa macam jauh antara 'awak' dan 'saya' bila berskema sangat time menulis kat blog... kan? janji aku tak tulis.... aq sukew dier lew... haha. simpang okeh?
dalam bab menanda paper, memang ah kertas budak merah sana-sini... sebab aku fikir, ini bukan PMR betul. kalau PMR betul, dia tak dapat dah paper dia. nak buat pembetulan pun dah takde maknanya kan? so, ini exam biasa, seperti jugak latihan. so, aku sempat masa, memang aku betulkan satu-satu ayat dorang...
tapi dalam PMR tak boleh ah. kena marking clear je..sebab nanti nampak comot, nampak seperti karangan tu teruk sangat... baru aku tahu, permeriksa-pemeriksa kertas PMR SPM ni pemurah-pemurah orangnya... :D ingatkan lagi rigid dari aku, dan ingatkan dorang memang kalau boleh nak kasi gagal je semua budak.. haha.
aku cakap kat kakak sebelah... hu, habislah budak saya kak. balik nanti kena rechek balik. kena tambah sikit markah... :P
tapi bak ayat aku semalam...
bagi aku, kalau kedekut bagi markah sekarang, asal nanti budak tahu bagaimana nak improve karangan dorang dan ada peningkatan dari masa ke masa. jangan exam kat sekolah okey, tiba-tiba PMR betul, jatuh merundum. tak syok lah kan... ??? (memang ah tak syok, sebab time tu kenalah berjawab dengan puan pengetua. tanggungjawab awak, kenapa budak markah semua jatuh time PMR??? poning nak jawab time tu ha...)
benda ni ada pro dan kontra. kalau taknak berjawab banyak nanti masa post mortem, kasi markah murah-murah sikit kat budak. ramai dapat A, ramai yang lulus. nanti orang cakap, wahh pandai awak ajar. dan begitulah pulak sebaliknya... :P
apapun kali ni, aku berharap kerigidan aku buat budak-budak akan mengerti... sebenarnya banyak lagi ilmu yang dorang kena cari dan jangan bergantung kat aku semata-mata. dan dorang jangan berasa yang ujian lepas dorang boleh score walaupun main-main (sebab soalan senang), so dorang fikir kali ni pun sama.... harap dorang insaf dan boleh merendahkan ego tu untuk lebih mudah belajar... =)
well akt sekolah, terus-terang aku cakap, masuk kelas hujung (means IF) lebih buat aku berasa selesa... nak marah pun dah memang dorang tak pandai kan? jadi, boleh ajar dengan penuh kasih-sayang dan dalam masa yang sama, dapat melihat dari mata dorang, betapa 'kejujuran' dan 'keikhlasan' itu ada... :)
P/s:
terima kasih buat FBians yang prihatin kat masalah kulit allergic saya nihh. dah macam-macam saranan ada. nasib takde cakap, pergi jumpa bomoh aje..:P insyaAllah, akan diusahakan satu-satu...
3 comments:
kadang2 kita perlu ada sikap skema / rigid / cerewet dan sebagainya dalam hidup atau dalam melakukan kerja...
kalau tak buat mcm ni mcmne orang yang dita nk didik tu dapat lakukan perubahan...
i loike!!!!
syg kenapa ni?kena demam campak halus ke?tak care ya
hurm.. cikgu BM ek?
Post a Comment