May 25, 2011

Mendirikan masjid, jangan dilengah-lengahkan :)

dalam kepala otak aku ni tengah duk susun senarai kenduri kahwin majlis kawan-kawan untuk stok musim cuti ni... duk berkira, mana tempat boleh pergi ngan tak. kalau boleh, ikut tamak haloba aku ni, memang ah aku nak gi semua kenduri tu.


tapi apakan daya, dah dorang nak kahwin berjemaah sangat, tarikh nak-nak sama...so kena pilih mana yang jemputan datang dulu dan yang terdekat dengan kita. eh bukan dekat jarak, dekat kat HATI kita :) dan tiadanya aral untuk pergi pun kena amik penting jugak tuhh.


tapi memang lah elok, time cuti-cuti sekolah ni buat majlis kahwin sebab dorang kan cikgu. kalau time lain, haram nak dapat cuti panjang-panjang. ni cuti dua minggu tau. rugi sape tak kahwin time nihh :P so, memang lah penuh jadual kahwin kawan-kawan cikgu aku semua time nihhh. kat kelantan, besut, kuantan, seri bandi, semua ada....


takpelah, benda elok kan, mendirikan masjid. biarlah cepat-cepat... takkan nak tunggu lama sangat.. dah hilang seri pulak kan? 5,6 tahun baru nak bernikah. so, kalau jodoh dah datang, kalau memang sama-sama nak, sama-sama cinta, eloklah sangat cepat-cepat naik pelamin... eceh :P tapi kalau sorang je nak, sorang lagi taknak, tak boleh cakap apalah kan...


so sebagai kawan, hendaklah kita mendoakan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. semoga selamat ke jinjang pelamin dan majlis dorang berjalan dengan keadaan yang sempurna.... boleh?



P/S...
cantik tak 30.10?
birthday kite: 31.10 T____T

eh adik kite yang kahwin 11.3 hari tu... bunting pelamin =) kite bakal jadi auntie :S
kawan kite yang kahwin 23.10.10 jugak dah pregnant. sukenyewwwww (ahh gedik :P)


saya sayanggg adik saya!!!
harap nanti anak-anak saudara saya kuat kasih-sayangnya seperti kami T___T

4 comments:

Peri PiA said...

doa kan yg terbaik utk kamu,Amin

nukilanaffiza... said...

wah..bestnya adik dan kawan cik soffya dah pregnant...itu semua kurniaan Allah...

NAk dirikan masjid kena cepat2kan..jgn lambat2..lagi satu bercinta pun tak perlu lama2 nanti dah kawin boring plak..huhuhu...

alinac lover said...

turn yong blom lg :)

Rtp Farra Arisha said...

ohhh holidayyy sudah muncul kann. tp kat sini belomm lgi. wuhuhuhu.

best laah mkn kenduri selalu, awas naik badan nnt. kikiki

u got nice sister then :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)