bila saya mengetahui tentang hal itu, saya menangis semahu-mahunya. terasa nafas seolah-olah terhenti. seperti langit jatuh ke bumi. ia sangat tiba-tiba. tidak pernah berasakan SYAK. tidak pernah. dan akhirnya, sekelip mata harus menelan kebenaran.
diri memaksa hati untuk tabah. salahkan diri sendiri kerana terlalu percaya. kerana terlalu bebaik sangka dan positif. iyelah, kita tak pernah buat orang macam tu sekali, dan tak reti untuk berbohong, jadi, manakan kita dapat menyangka hal yang sedemikian. bukan?
marah. kesal. dendam. kecewa. semua rasa berbaur jadi satu. tapi dalam masa yang sama, hati saya terfikir, sebenarnya ada lagi yang lebih KECEWA dan merana bila membaca cerita-cerita saya di sini. lalu, sempat saya lafazkan, baik, saya akan padam semua entry tentang awak... agar hatinya tidak lagi terluka. walaupun hati saya sangat terluka teruk sebenarnya....
tetapi, bila memikirkan betapa 'dia' itu sangat tidak berhati perut dan tidak seperti 'manusia' adanya.... ahh untuk apa saya menjaga hatinya? tidak perlu saya mengawal 'penulisan' lagi... tidak perlu. iye, kau jugak perlu tahu kebenaran!
3 comments:
memang sakit,pahit
tapi perlu
aku bace mcm putus cinta je..
tapi kebenaran perlu kita tahu..
nape nape??cer cite cer cite..
hahaha =p
dik.. tak payah sampai delete segala... biarkan.. bukan kita yangm enipu.. bukan kita yang mengganggu.. tapi kita di pergunakan .. kita yang di permainkan...
Post a Comment