May 20, 2011

apa, kau ingat kau lawa sangat ke?

pasal interview hari tu... nasib baik jugaklah sebab sampai jam 7 lebih, dan sesi interview tu sebenarnya start pukul 7.30 am. memang nasib baik. masa tu rasa dah konfiden semua dokumen dan bawak, yang copy dan asal punya. sekali, dia tanya mana gambar? kita ternganga.


haihhh, boleh lagi kita tanya... ada ke dia cakap kena bawak gambar? "habis tu, takkan suka-suka hati aku nak mintak gambar ko? apa, ko ingat ko lawa sangat?" lagi ternganga. eh takde, takde. petugas tu tak cakap macam tu, budak tu soft sangat. dia cakap, iyelah cikgu. dan nasib aku baik, gambar untuk lesen hari tu ada dalam dompet, dan dia terima gambar tu. alhamdulillah.....


masuk bilik 9 dengan 3 orang yang lain. memang cuak semacam lah kan. tapi dulu masa interview untuk posting lagilah sorang-sorang je. hadap muka penemuduga tu dua orang. nasib baik depa kelakar. takde ah ketar lutut aku. gelak lagi ada. tapi... kali ni orangnya chinese. agak series.


tapi nasib baik, awal-awal dia dah cakap, jangan takut. semua soalan pasal PENDIDIKAN sahaja. wahhh, lega. sebab kalau bab isu semasa ni, zero sikit. haha. mana tak zero, malas tengok tv, malas bukak bharian online, malas beli paper. apa informasi yang kau tahu kalau macam tu?


soalan diaju secara bergilir-gilir dan kita boleh mencelah kalau nak tambah atau kawan tak dapat jawab. yezzzaaa, itu haku suka tu. nasib baik, soalan yang dapat... pasal cabaran kat sekolah sekarang, sekolah wawasan, dasar pandang ke timur, 1 malaysia, wawasan 2020 dan NKRA. NKRA, 6 bidang keberhasilan utama negara tu memanglah dalam tangan... memang melompat ah dapat jawab soalan tu...hu.


tapi tak boleh konfiden sangat... sebab semua pun bergantung pada rezeki jugak. lepas tu, boleh pulak tertinggal kasut hitam... iyelah, masa temu duga ni ikut terms dia elok pakai kasut hitam dan bertumit. kita pakai kasut flat koko. dah dia datang lambat pagi tu ambik kite, dah tergabra lansung tertingga plastik kasut. haihhh.


lepas tu biasanya mesti ada yang gagal... tapi tak nak ah dalam ramai-ramai tu kita yang terpilih untuk gagal. mintak-mintak dijauhkan... so apa lagi, amatlah perlukan doa kalian untuk lulus...doakan saya T__T


Pengetahuan bahasa:
janji temu bukan temu janji.


sebab mana yang datang dulu? mestilah kita berjanji baru bertemu kan? 
T____T

4 comments:

Fendi BL036 said...

hmm....cik soffya dah g interview ek? semoga dipermudahkan olehNya...

jom ke blog saya...ada berita menarik pasal isu Halal Haram

Cahaya said...

Yes..hukum DM TU..baru ajar student last 3 or 4 weeks...;P

sugar2 kapas strawberry said...

semoga bjaya akk :)

Sheherazade said...

InsyAllah,Amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)