May 21, 2011

saya bukan orang 'Muo'!

menarik gak fakta yang aku jumpa ni... (fakta ke auta?) hu, mana-mana jelah... tapi saja nak share dengan korang. by Papa King. cedok kat facebook aje.

10 Fakta Menarik Mengenai Orang Muar a.k.a Muo :)
Inilah dia 10 fakta menarik yang patut anda tahu mengenai masyarakat di Muar, Johor:

1. Orang Muar makan satay untuk sarapan, nasi lemak untuk makan malam.
2. Kalau bercakap mesti dihujung ayat ada bunyi "ek". Contoh: hari ni ape projek ek?
3. Kebanyakan yang "old school" di Muar adalah rockers/berangan nak jadi rockers, yang muda-muda pula nak jadi B-Boy.
4. Orang Muo pegi paso naik beco pakai selipor panjat pagor pakai gebor lalu bando. Terjemahan: orang Muar pergi pasar pakai selipar naik beca panjat pagar pakai gebar(selimut) lalu bandar :)
5. Orang Muar pandai melawak, walau yang paling pendiam sekalipun sekali buat lawak mesti orang ketawa berdekah-dekah.
6. Orang Muar adalah spesis kuat "menganjing" dan amat kebal bila "dianjingkan". Haha.
7. Orang Muar mencipta Mee Bandung, yang langsung tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia.
8. Bila orang Muar berkata mereka nak pergi "Johor", bermakna mereka nak ke Johor Bharu a.k.a JB.
9. Bila anak jati Muar yang lama merantau balik ke kampung halaman dan lupa nak berbahasa "Orang Muo" akan diperli selama seminggu.
10. Orang Muar ramai duduk dekat parit :)


ada sesiapa orang Muo kat sini? :)

3 comments:

Peri PiA said...

bab sarapan tu terbaikkk,rindu la sarap satay kat muo

AiDa AzRyN said...

saya orang perlis... huhu.. >.<

yusuf said...

ade kwn opis org muo..
mmg suke melawak

unik ini olang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)