May 22, 2011

bila tunang disambar orang...

pernah tak tengok lelaki menangis bila tunangnya disambar orang? aku, tak pernah :P. tetapi kalau tengok ex-boyfriend menangis sebab aku mintak putus, pernah. tak tahu lah tu air mata berlagu riang ke berlagu sendu, tapi macam drama ah kan :S


tetapi.. bila mendengar cerita kawan lelaki ni bila dengar lagu mariah carey, ha ha, aku rasa cam tengah tengok maharaja lawak jek. memang time tu jugak rasa nak tersembur gelak ni, tapi tak baik ah aku nak gelak, kan ke dia cite tu cite sedih..... harusnya aku simpati lah sikit, kan.


dah, muka pun macam pembunuh bersiri. mana taknya aku tak gelak kan....bila dia cakap, lagu ni ah saya dengar sambil nangis masa naik keretapi... naik keretapi gi mana? aku tanya. balik kampung.... jawabnya dia. kenapa pulak, aku tanya lagi. ye ah, kan orang ambik tunang saya.... HA HA HA. dan dan, time tu jugak aku gelak. bukan simpati, lagi gelak ada.


dengan dia-dia pun gelak. aku pun tanya-tanya lagi... sebab macam sedih jugak ah dengar. bila, orang yang mulanya belajar mencintai, sangat mencintai, tetapi dikhianati. tapi yang tak syoknya, aku lupa pulak lagu mariah carey yang mana satu. kalau tak, bulih tempek kat sini sekali. sebelum ni aku pernah ah dengar kisah tunang dia disambar orang ni, tapi aku tak tahu pulak ada drama kat balik cite tu. :S


takpe, aku pun jawab, barang yang lepas usah dikenang.... bak kata 'Sepah and the gang' kan. ketawa dia mendengarnya...;D


buat korang jugak, aku bila dengar banyak cerita-cerita orang, satu benda yang aku dapat pengajaran, iaitu kalau dah jodoh kita, mudah je jalan kita tu untuk bersama. tapi kalau bukan jodoh, macam-macam halangan ada. susah sangat jadinya....


macam yang kita selalu dengar, yang kita suka tu barangkali tak baik untuk diri kita, manakala yang kita tak suka pulak tu, mungkin itulah yang terbaik untuk diri kita. kan?




T___T


p/s:
pernah dengar perkataan 'kifarah'?




Susah bile blog kita selalu ada yang stalk (sebab tak puas hati + cari kes). tapi senangnya bila NUFFNANG kita naik sebab tu jugak :) itu PRO + KONTRA T__T. semangat tengok duit nuffnang. tapi ayat cliche, saya berblog bukan sebab nuffnang... HA HA.

6 comments:

♥nyeto89♥ said...

perrrgghhh..perit pulak rasa..

hehehe

setakat ni tak penah lagi jumpa lelaki menangis sbb nk break. hihi

ch!natsu said...

chin prnh tgk bf chin nanges sbb ktorg gaduh.. kekeke.. sgt jahat chin buli dia wlupun xsengaja.. huhu~

en. suhaimi said...

ape perasaan ek kene tinggalkan.... sb aku pernah tinggalkan awek aku sb aku bertunang dgn orang lain..... ntah apelah nasib girl tu agaknya skrng.....


beli dinar iraq di sini http://jutawan-dinar-iraq.webs.com

Liyana said...

sadis nye tunang dirampas org... takut la.. quote awk letak tu pun menakutkan sy je, dh tgh mcm2 halangan bile dh dekat ni.. adeh :(

*kita confuse la nk pilih kaler contact lens. 1 baju kaler maroon &hitam, 1 baju lg kaler purple & pink. for your advice pls? hehehehe

Fendi BL036 said...

jodoh pertemuan memang di tangan Allah..tapi usaha kena ada..tapi kalau dah usaha tapi tetap jugak tak dipertemukan jodoh bmemang itu bukan jodoh kita...

pasal kifarah? tapi susah nak explain sb tak mahir bab agama nih..huhuhu

Sheherazade said...

xmo,buang jauh2 k

byk hal berlaku?kena jumpe story ni,take care ya

keep on blogging

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)