Apr 4, 2010

merisik khabar...sudah berpunyakah atau belum?




..gambar blur sebelum discussion dan selepas discussion tentang projek terbaru kami.saja nak berkongi muka poyo untuk dikutuk, hehh...



ye, apa kamu nampak?ohh, keadaan rumah cantik.okay-okay, saya mengaku.saya bukan di kl sekarang, tapi di t.malim.ye, seperti biasa di rumah k.ely.kalau rumah di kl, huhu...kirim salam lah rumah nak cantik macam ni.macam chow kit road ada lah.hoho.layak masuk bersamamu pun ada.hehh.almaklumlah, anak bujang.perantau pula tu...



perjalanan hari ini juga seperti biasa, begitu panjang.sebab itu tak ada omelan, komengan (eh, betul ke komengan.komenga ku pernah dengar), blogwalking dan update entry siang tadi.jatuh trafik mendadak (cakap macam popular trafic jem je sebelum ni).hari ni dari jalan TAR ke masjid india, kemudian singgah sembahyang di masjid jamek sehingga asar.kemudian, bergerak lagi ke jalan tar dan pertama dan ke sogo lalu ke plaza rakyat.hu....jika dihitung masa pula, pasti habis jari kaki dan tangan.



tika di masjid tadi,saya jumpa seorang selebriti.siapa dia? tunggu next entry sebab memang banyak nak saya kongsikan..okay?ni saja nak kongsi cerita pasal adat orang-orang kita, iaitu merisik.kamu pernah dirisik tak?tak pernah?





..adat merisik...



Adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.



Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.



Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

okay...fakta dan gambar cincin itu ku cilok dari sini


ye, saya pernah dirisik dulu. sebelum bertunang, saya dirisik oleh keluarganya.kami memang dah berkenalan-kenalan, tapi saja mahu keluarga saling berkenalan-kenalan juga, maka keluarganya memutuskan untuk datang merisik.selain, untuk adanya ikatan sebelum bertunang...

hu.itu dulu...okay?so, sesiapa yang ingin merisik atau dirisik, tapi tak tahu bagaimana melakukannya atau nak handle majlis macam mana, bolehlah tanya saya.saya akan bantu sewajarnya sebab saya juga pernah handle majlis merisik adik saya selain majlis adik saya sendiri.begitu juga majlis bertunang saya dan adik, juga pernah saya handle.kakak yang bertangggungjawab lah katakan...hehh, cepat lagi up diri sendiri.hoho.saya faham perasaan orang yang nak melalui majlis-majlis begini.mesti rasa blur dan pening tak tahu nak mana dulu, nak pakai apa, nak sediakan apa, kan..?so, kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu, saya bantulah...okay?


...gambar ketika majlis.ku dalam bilik bergatal dengan mereka berdua...lepastu tiba-tiba mak panggil keluar, ku sentap.ingat tak ada babak tu.ala, babak kenal-kenal orang yang dirisik.haha...

...qaseh mila & arianna, my BFF forever...



....buah tangan dari pihak lelaki...


..lepas majlis.mak pun nak join juga.jadi, 4 dara di sini...

gambar ketika majlis tak perlulah ku kongsikan, okay..itu saja buat kali ini.selamat beramal...hehe.


p/s:baju sutera pink itulah, menang tempat pertama contest tiru macam saya anjuran k.lin dari walaibatikku.yang perlu kalian tahu, daku bila membuang seseorang, ku buang dirinya saja dari hatiku.bukan ku buang segala kenangan, segala pemberian...kerna pernah ada keihklasan, bukan?jadi kenapa harus dipersiakan keikhlasan yang pernah bertandang?cuma cincin itu tidak lagi manis di jari, kerana memakainya akan menjadi satu kesangsian....kan?

p/s/s:ku tidak pernah membenci, jauh sekali mendoakan keburukan...cuma kuharap, akan ada keinsafan...itu sahaja.percayalah!

p/s/s/s:penat sudah untuk majlis-majlis begini.seperti yang telah dinyatakan dalam entry yang lepas..jika ketemu jodoh, mungkin segalanya akan ku buat sesimple yang boleh...tapi kena dengar juga permintaan dari bakal suami, kan?



12 comments:

Sesopie said...

bila nak wedding nyer?

Sesopie said...

bila nak wedding nyer?

soffya cik bulan said...

sophie,
baca entry seterusnya...sudah ku bilangi, ku single n availabel kini.itu dlu syg..:)

ardinihumaira said...

iya... bertunang sebaiknya buat simple.. kecuali bertunang yang hampir ke jinjang pelamin yang dah sah2 nak kawen. buat besau2 pon tak pe.. sebab dah pasti nak kawen. cuma malang takde sape tahu. ramai je putus tunang sehari atau hari kawen. memang dasyat. tapi, tak ada jodoh... nsuzubillah. moga kita ada jodoh yang dipermudahkan, amin ^_^

Cik Akma said...

sabar la kak. maybe nnti ade lagi yang baik utk akak. :)

btw, sure time merisik cuak gila kan? huhuhu~

NeenaAnuar said...

semoga cik bulan akan bertemu jejaka idaman qalbu suatu hari nanti... mudah mudahan.. aminnn.. :D

nich said...

hehehe takpe kak.. alamak terbajet mude plak panggil orang akak2 ney kan.. haahahah umo bape ney cik soffya bulan? hehehe ermm xpe sekurang2 nye ade pengalaman kan.. =)

soffya cik bulan said...

ardinihumaira,
betul katamu syg...ku setuju.ku bertunang dulu, agak besar.pihak lelaki dtg dlm 150 orang.sebab ibunya org kuat politik di tmptku...ku ikutkn sj sebab semua dia sponsor..mls mahu membantah.
wang hntrn pula gaya2 artis, kamu tekalah brapa...

ms merisik juga besar.tk spt biasa adatnya..


tp yg besar tk mestinya bgus kn syg...

soffya cik bulan said...

cik akma,
betul tu..kesbaran itu pasti tdk sia2...

soffya cik bulan said...

neenaanuar,
hik3..idaman kalbu tu tk tahan tu..

soffya cik bulan said...

nickchun,
ye mmg ku tua dh pun..sdh 24.hehe

ye betul tu..pglmn itu pntg.hehh

Sheherazade said...

doakan ku utk mu,Amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)