Apr 4, 2010

lain kali makan kepala gajah pulak!


kredit sikit untuk pakcik google



dah lah silap sebut maria ozawa kepada muridku maria azwa. lepas tu memang payah nak ingat nama yang lain-lain jika mereka tidak mengfofularkan diri mereka seperti gedik, nakal, suka menjawab soalan, suka siapkan kerja sekolah, suka menegur, suka tak hantar buku dan suka menyakat.kalau yang macam tu, memang familiar lah dengan pancainderaku.





entahlah...benak sungguh.terasa muka mereka seperti sama dan tertukar-tukar antara dua kelas yang saya handle untuk bahasa Melayu.kalau kelas PJ, tak payah cakaplah.8 kelas saya pegang.masa pula 35 minit je seminggu.mana sempat mahu ingat nama...kan?tapi..dua kelas tu wajar saya ingati.sebab kelas major saya.tapi selalu bertukar-tukar.kadang-kadang ku panggil nama hayati di kelas satu amal, padahal ia kelas 2 cekap.atau tak pun panggil azrul, mata ku memandang ke belakang, padahal dia duduk di hadapan kelas.huhh..pening-pening.




har obeservation hari tu jangan tak tahu ku berlakon sehabis daya.pura-pura ingat nama satu kelas dengan melihat senarai nama ditangan.ku sembunyikan kertas senarai nama dalam buku yang ku pegang. haha.dan..natijahnya, ku panggil nama daniel, rupanya ia akmal.dan rakannya...cikgu, dia akmal lah, bukan daniel.



mujur puan ferazah di belakang pelajar yang gemuk dan ralit mencatat, tak nampak diriku di depan.ku jegilkan mata kepada pelajar yang menegur dan dengan mimik muka serta mulut, ku bahasakan isyarat, "ala, bangun jelah..." dengan mata-mata sekali.haha.muridku sengih-sengih nak gelak.mereka faham...dan mereka sebenarnya sangat aktif hari itu dan baik.sebab tu, ku sayang sangat kelas ini 1 cekap ni.sebab kalau ku silap, mereka cepat-cepat faham dan enjoy dengan kelasku.


ku curi lagi gambar dari pakcik google



encik jamil nak pergi mana tu...?mari kita cerita pasal encik jamil merangkak isi utama tajuk entry itu.





lama dah tak cerita pasal encik jamil.cerita sikit.teringat perihal benak-benak ni.dan baru ni dia bergurau dengan saya sesuatu.saya memang tak faham atau saya malas nak faham...konotasi makna ni sering buat salah faham kan.jadi saya buat-buat lah tanya.saya teks lah..."apa, tak fahamlah..."




dia pun mesej saya balik, "lain kali makan kepala gajah pulak..."




saya gelak bila baca mesej beliau.hehh,kau perli aku ye?ye..sebab saya pernah cerita dengan dia, tentang kebenakan saya yang saya syaki berpunca dari suka makan kepala ikan seperti dalam entry ini. padahal saya melawak je....hoho.sebab sebenarnya saya memang lambat faham dan saya nak dia cakap biar terang...:D





paling memberangsangkan, saya berjaya curi gambar encik jamil dalam facebook seorang kawannya. itupun saya blurkan...nanti beliau saman saya kena banned lah blog cabuk saya ni..mana lagi nak mengumpat beliau lepas ni, kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


teka..teka.mana satukah dia..ku dah minimakan dia seboleh mungkin.pandai tak?esok..ku buang lah balik time dia nak tengok blog ni.hoho




siapa diakah encik jamil...?hehh, dia seorang BFF, kawan yang menjadi perangsang jiwa dan selalu buat lawak bodoh yang membuatkan ku gelak guling-guling.paling best, dia banyak menyakitkan hati sampai ku rasa nak lempang laju-laju je muka dia tu dan gurauan dia tu memang kasar, sehingga kau rasa nak leku je kepala dia.tapi, dia lah yang train saya jadi rock dan hati batu kini bukan lagi lembut gemalai seperti dulu.cehh, hati batu lah sangat.....:P (emmm, BFF lah sangat kan....huuu)




p/s:encik jamil bengang sebab saya kata saya ada cerita hal dia kat blog cabuk ni dan ada beberapa kawan pun tahu pasal dia sebab penulisan dalam blog ni.hoho...dia bengang (tapi saya tahu dalam hati dia bangga.haha.blah lah kau jamil..) lalu dia beria nak baca blog sy. tunggulah..time melepak nanti saya bagi dia baca.nak sangat...biar dia tahu, saya banyak kutuk dia.even kat depan dia yang banyak kutuk saya.huhu sampai aku rasa nak hantuk kepala dia laju-laju kat meja makan tu.


p/s/s:ada yang tanya, kenapa maria ozawa dalam entryku yang lepas tu fofular?haha, sila search di google dengan pantas.hehh :D

11 comments:

Anonymous said...

susahnye nk ingat semua nama anak murid..uish...

sugar2 kapas strawberry said...

hihi...ambik gmba sorg2 then bila nk pgil tgk gmba dlu..hihi

Epul Azimi said...

selamat pagi cikgu!eh,dah petang rupenye....hehehe

soffya cik bulan said...

miloicekaw1119,
mmg susah....itulah.tk tahu nak makan apa plak lps nie..huhh

soffya cik bulan said...

sugar2 kapas strawberry,
hihi..gitulah gamaknya..hehe

soffya cik bulan said...

epul azmi,
slmt ptg murid2.lain kali jumpa cikgu, jgn slh bagi ucap slmt.karang tk slmt kamu..hoho

ardinihumaira said...

hihi... nama dni ingat tak? :p

soffya cik bulan said...

ardinihumaira,
namamu pasti ku ingat.tapi ku tak tahu itu nama betul atau tidak..hehh

FaTiN said...

seronok lah tgk cik bulan kita cerita pasal cikgu. teruja *serius ni tak tipu woo hehe :D

soffya cik bulan said...

fatin,
hehe...mmg daku seronok juga di sekolah..walo mcm2 cerita pelik ada.hehh

teruskan mmbca..byk lagi cerita menyusul.hehe

Sheherazade said...

Ramaikan mane nak ingt name2 itu

ku rase mcm yg tu..hihi nmpk byg2 hari kita berjumpa tu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)