Apr 7, 2011

cikgu patah hidung kena tumbuk dek pelajar?

aiseyman. ni yang tak sedap duduk nihh. cikgu-cikgu sekarang dah macam apa dah, asyik kena buli aje. dulu, budak yang takut cikgu, sekarang cikgu pulak yang kena takut budak. haihhh. dunia akhir zaman kan... bila segala dah tak berada pada landasan yang betul, dan manusia tidak lagi bertindak mengikut iman, itulah jadinya.


dalam hal ni, kita nak salahkan siapa? nak salahkan cikgu? nak salahkan sekolah? nak salahkan budak? nak salahkan ibu-bapa? kerajaan? media massa? renung sejenak... sebab pembaca blog ni mungkin seorang remaja, mungkin seorang ibu atau bapa atau mungkin seorang yang bakal berkahwin dan mempunyai anak nanti.


bagi pia sendiri... apapun halnya, didikan di rumah itu amat penting. dah cakap, melentur buluh biar dari rebungnya kan? lagi pulak, budak lahir bukan terus-terus dia pandai berjalan atau baca ABC. dia dari sekecil tapak tangan, yang dia kenal dulu siapa? mak ayah kan?


masa tu.. dia seperti kain putih. yang mencorakkan dia ialah ibu bapa. kalau dia tidak beribu bapa, penjaganya, kan? dia takkan terus-terus kenal cikgu... jadi, kenapa bila banyak-banyak hal yang terjadi, orang akan cakap, ha tulah, cikgu yang tak ajar!


berat dugaan cikgu ni... selepas pia berada dalam bidang ni, baru pia tahu beratnya bebanan yang memikul. sebab kan, apa yang kita buat hari ni, ajar, uruskan.. itu adalah kesan untuk masa depan. means, kalau kita silap ajar hari ni, kita tak sempat ajar ke, kita ajar tak bagus ke, kesannya akan dibawa dalam peperiksaan. akan ada analisis, akan ada post mortem. masa tu menjawablah awak macam pesalah. huhh.


tapi kalau pelajar bagus. dapat keputusan yang baik-baik... ada tak orang cari cikgu?


sebab tu ada kata-kata yang berbunyi...

kalau pelajar berjaya, orang akan cakap, ohh tengok ha, siapa mak bapak dia!
tapi, kalau pelajar gagal, orang akan cakap, cikgu lah tu tak pandai mengajar!

nampak kan, bagaimana sentimen masyarakat? zaman sekarang, semua yang buruk, kembali kepada cikgu, dan itulah yang menyebabkan karier guru begitu besar bebanannya. berjaya atau tak, semua tanggungjawab guru. sehinggakan, usman awang ada tulis, siapa pun seseorang itu nanti, semuanya bermula dari seorang guru yang mengajar tulis baca..... tapi orang-orang sekarang, ada menghormati guru dengan sebenar-benarnya?


dan ini pula kisah pelajar yang kurang ajar...

KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata, seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

"Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas, guru berkenaan sedang melalui koridor sekolah apabila beliau ternampak pergaduhan itu dan cuba meleraikannya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Menurut jurucakap itu, Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah.

Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. -bharian

8 comments:

Sheherazade said...

dilema cikgu,insyAllah u will b a gud teacher

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

besar dugaan seorg pendidik...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Budak tanya aku, kalau cikgu kena tumbuk sampai patah hidung, cikgu buat apa?

Aku : Saya bunuh orang yang tumbuk. Boleh? Ha ha ha

Unknown said...

murid zaman sekarng, mmg mcm tu. x tau nk jaga hati budi cikgu............ tpi na wat mcmana, dunia, yang salah tentu mak ayah... pasti.............. dh jadi pada diri saya.... pppmuhamadhelmi@yahoo.com.my...

soffya cik bulan said...

peri pia,
iyepp..dilema cikgu kan dear...sbr jelahhh...

hope dpt tangani semua dgn baik

soffya cik bulan said...

ceroi,
iyer, sgt BESAR

soffya cik bulan said...

LORD ZARA.
fuhhhh...
dasyat cikgu zara. hehehe

soffya cik bulan said...

klinik kesihatan,
betul..segala2nya bermula dari rumahhh
cikgu meneruskan sahaja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)