Feb 11, 2011

review berani mati FILEM yang pernah aku baca ---> KHURAFAT

Movie : Khurafat

Damn! Gua tertipu dengan member-member gua. Gua kena lipat. Gua ditaburkan dengan segala macam puji-pujian yang mengatakan filem Melayu sudah maju, dah boleh buat bukit tulis Malaywood, boleh masuk pasaran Iran, Syamsul bakal jadi Michael Bay yang pandai rapping dan bermacam lagi. Rupanya itu semua omongan dan kesarkastikan yang tercipta dari mulut-mulut si durjana yang menabur racun rumpai untuk membunuh citarasa gua. Gua ni memang mudah ditipu. Lalu gua dengan tidak sengaja telah menonton filem ini akibat ticket free yang sukar ditolak. Damn! The story is way too cliche. C.L.I.C.H.E. 
Nama cerita ini sepatutnye ditukarkan kepada nama yang lebih sesuai seperti Syirik Si Syamsul Pembantu Perubatan ataupun Jangan Pandang Atas atau Tepi. Terlalu terang, nyata dan lagi bersuluh cerita ini amat jauh untuk dikaitkan dengan istilah dan nama KHURAFAT kerana kebanyakkan kejadian yang berlaku dlm filem ini lebih memaparkan kejadian syirik dan bukanye khurafat. Fine, lu punye cerita, lu punye suke nak letak tajuk ape kan. Gua tahu lu dah dapat juta-juta lemon. Tapi, nampak sangat Syamsul mengelak untuk meniru gaya Si Ahmad Idham iaitu musuh beliau kerana semua hantu tak reti datang daripada belakang. Kebanyakkan hantu datang daripada depan, tepi atau atas. Maybe sebab akhirnye hantu-hantu sedar manusia takde side mirror dan dorang sedar main belakang tu haram. Lagipun hantu-hantu pun bosan dah muncul dari belakang, C.L.I.C.H.E.
Bunyi saspen ————->>> Hantu muka tak siap plastic surgery
Seperti cerita-cerita seram keluaran syarikat produksi Malaysia yang lain, cerita Khurafat ini terlalu dan amatlah terlalu banyak menggunakan elemen terkejut dan bermain dengan muzik saspen yang sehingga kini tidak lagi sesaspen mana dan menjadi bahan saspen olok-olok dalam kalangan pengusaha filem tempatan. Elemen bunyi saspen yang disertakan dengan hantu wanita yang suka main cak-cak amatlah bosan dan menghampakan.
Lagi satu, hantu yang sepatutnye menghantui si Syamsul adalah hantu lelaki dan bukan hantu bertetek berambut panjang suka memeluk lelaki kerana minyak dagu ataupun minyak senyonyong yang diperolehi Syamsul adalah daripada mayat seorang lelaki. Bak kata tok bomoh Latif Borgiba, roh yang ada didalam badan minah clubbing tersebut adalah dari mayat lelaki tersebut. Isn’t it obvious that the ghost should be a male looking ghost? Wahai Syamsul, sebelum buat filem sila buat skrip, plot dan research dahulu ya. Jangan sampai anak bini tujuh keturunan menanggung malu berganda-ganda.
Khurafat ini sesunguhnya tidak lebih daripada cerita-cerita bergenre seram yang lain. Twist yang dipaparkan di hujung cerita juga amatlah cliche. Sesuai dengan gaya pemikiran warga Melayu yang malas menonton cerita-cerita seram Jepun dan Korea yang membuatkan mereka berfikir dengan amat dalam dan menyelesaikan misteri dengan sendirinya. Story play seolah-olah ingin mencari siapa empunya hantu sedangkan obviously hantu itu mesti ade kaitan dengan si minah clubbing bergigi jarang tersebut. Gua akan tabik cerita ini kalau mampu men-twist-kan this so called Khurafat dengan menunjukkan bahawa si durjana sebenar adalah si pembawa van jenazah yang fail cakap utara. Btw Syamsul, hospital mana ko shooting yang all the time blackout takde elektrik tu? Syamsul, read my lips C.L.I.C.H.E!
# Siapa perasan rumah mak Syamsul tu sama macam rumah pak cik baring terbang kena rasuk tu?


dan sah-sahlah review macam ni memang kena hentam kan? tapi bagi aku, aku SUKA REVIEW ini. terutamanya, part yang aku highlight kan itu..... dan memang review ini telah dihentam secukupnya apabila dipublishkan kat beautifulnara. dan haku tka peduli komen yang marah itu... yang aku nak petik dua komen yang sependapat dengan aku nihhh....


* Aku tak fikir dia hentam citer Melayu, tapi suh kuar dari klise….dan malas…Dia bukan main hentam sebarangan, tapi bagi tips secara tak langsung, so len kali Syamsul or sesape boleh perbaiki…ni lah Melayu, orang bagi pandangan kritis, dia kata kondem lak…
* Adus orang melayu oiiii, mamat ni bukan kutuk citer melayu, dia bagi komen membina. Tu la korang, bila orang cakap melayu ni takleh terima kritikan korang marah. Tapi tu la hakikatnya. Setiap benda ada pros and cons nyer. Budak ni bagi idea camna nak mantapkan citer in da future. Kisah apa si syamsul tu duk kira duit ker tak. Itu dah rezeki dia la. Kita ni sebagai penggemar filem kalau benda tu cliche then cakap la cliche tak payah la takut nak bersuara. MemAng citer ni ada yg best tapi yang karut tu lagi banyak. Citer orang putih pun ramai jer org kritik. So apa masalahnya kalau jadi pengkritik, takkan semua org nak cium bontot. Disebabkan benda camni la melayu x maju


dan yang paling aku suka, bila hujung entry balas komen-komen diterima itu... si blogger tinggalkan persoalan. dan persoalan ini, harap kita semua fikirkan...bukan aje untuk filem melayu tu, tapi untuk nilai diri kita sendiri. :)



#Kenapa nilai kejayaan di ukur dengan nilai wang ringgit?

2 comments:

Unknown said...

bagus punya review~ hiks

Sheherazade said...

sokong la filem tmptn hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)