Oct 9, 2010

kenapa nama pelik-pelik? | perspektif drama melayu hari ini

slot akasia - chinta


slot lestary - asmara


ye, aku persoalkan sekali lagi, kenapa nama pelik-pelik? atau kurang sangat dah ke nama kat malaysia ni, yang boleh dibuat nama watak. kadang-kadang, kedengaran tak logik. kalau logik, apa ada hal kan? cuba engkau tengok TV kat rumah sekarang, bukan suruh tengok tv tu takut dia lari ke apa kan, atau tengok saiz 14 inci ke 21 inci ke, atau tv cap panasonic atau brand cap ayam, eh bukan tengok tu, tapi nak suruh tengok rancangan yang bersiaran, dari pagi tadi sampai malam, dari hari ahad, sampai hari sabtu, apakah?

kau pasti jumpa ni... si chinta, asmara... aku cukup-cukup tak berkenan bila dua nama ni digunakan. kalau ahmad durrah tu bunyinya sedap telinga mendengar. si kelembai pula memang cerita lagenda masyarakat kita.  tapi si chinta dan asmaras ni...aduhh, pelik.

ini filem melayu, kisah hidup orang melayu, orang malaysia, latar cerita pun pakai latar hidup, latar masyarakat orang malaysia. tetapi, nama watak tak bersesuaian sungguh. kalau masa kat universiti dulu, mahu kena hamun ni kalau buat cerpen pakai nama watak tak kena-mengena langsung dengan nilai rasa dalam cerpen. haihh.

bukan aku ini menulis entry ni sebab aku nak tunjuk pandai ke apa, tapi sebagai orang melayu malaysia, atau tepat sekali, 1 malaysia, rasa geli gigi pula nak sebut nama orang macam nama orang indonesia pula. nak kata ramai sangat bibik yang dibawa masuk kat malaysia ni, tak juga. kalau ada pun, yang aku jumpa tak ada pula namanya chinta, asmara bagai ni, ha, asrama ada, jadi, kenapa mesti terpengaruh sedemikian rupa...?

atau sememangnya ingin berlawan dengan sinetron yang saban hari mengihiasi kaca televisyen kita? adoii, kalau nak berlawan, kita ikut acuan kita, jangan ikut acuan orang. kalau mereka berdrama dengan mengetengahkan latar masyarakat mereka, jangan kita pula gatal-gatal mencuri atau terlebih kreaftif sampai tak kenal mana budaya sendiri, mana budaya orang.

aku tahu... sejak berkurun lama dahulu, kewujudan kita sangat dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing, contoh gereja, garfu dan almari dari bahasa portugis, perkataan agama, syurga, neraka pula pinjaman dari bahasa sanskrit, sejarah, hikayat dan syarikat pula dari bahasa arab, memang banyak sungguh meminjam,  tetapi tak perlulah kita sampaikan nama orang pun nak pinjam meminjam hingga tak dapat lagi kita nak kenali ideniti bangsa sendiri. lagi hak adoiii.

apatah lagi... cerita kamu buat tu berkisar watak berusia 20-an dan anak kampung. kira seusia akulah kan. kalau cerita zaman sekarang, orang moden-moden, okaylah juga. ohh encik pengarah, zaman aku kecil dahulu, nama orang pesen-pesen aku ni je. nama nani, safia, sue, ayu, tak pernah-pernah pula dengar nama chinta bagai. apatah lagi, asmara. yerk, geli.

jadi, fikir-fikirlah wahai penulis skrip, pengarah drama dan seangkatan dengannya... drama bukan hanya sekadar drama. tapi dari drama yang kamu tulis, yang kamu garap dan kamu pertontonkan, ada berjuta jiwa yang terbuai sama. dari corong televisyen itu, akan ada jiwa-jiwa yang tersentuh, yang marah, yang kecewa, yang berketawa dan mungkin ada yang menangis, kerana berasakan cerita itu benar-benar berlaku... jadi, berhati-hatilah... kerana tanggungjawab kamu itu sungguh berat...

eceh, macam fenomena seni lah pulak. hakhak. tak adalah, aku rasa sedikti cuak sebab macam tak ada nama sangat dan rasa perlu aku suarakan. kalau kau sendiri, nak panggil orang, asmara, geli gigi tak? hu... dan kamu pula bagaimana...? bersetuju atau tidak..?


cakaptahibulan:
aku pernah tulis cerpen untuk assignment masa kat universiti dulu. sedikit cuak... sebab tulis tak ada rujukan langsung, hingga terlepas pandang nama watak. kalau nak baca nama watak tu macam mana, klik SINI

8 comments:

aSmiDar said...

Tak suka Chinta..luar dan dalam...!

Mrs. Q! said...

konon2 nak kelainan
tp terlebih ke arah merepek
kuikuikui :P

Aduka said...

hmmm..
Mcm munasabah alasan tu..
Kalu sy tulis cerpen pn xkan pick nama2 mcm tu kcuali environment crita bkisar zaman dolu2..
Mgkin sesuai guna.cam kuntum,seroja,dll.kalu laki,aduka (ecececee..),bagok,tantari,teruna dll leh guna..
Zmn moden2 gni nama asmara ke chinta ke mgkin ada tp x kena utk drama n watak pn..
Komen cik soffya yg cite indon jd ikutan mmg sy stuju sgt2.masakan lambakan sinetron di tv skrg..siap ada ulangan..apa..koman spana sgt ke org kita buat drama??

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

name tue nak menampak kan uniq konon..
:)

Sheherazade said...

hak2,teringt citer p.ramlee

nama hambe kemenyan,ini isteri hamba setanggi..puspa wangi mencelah..nam hambe tempat bara

apa ade kena mengena..kena pelempang laju2 karang...hak2 :P

ardinihumaira said...

terpengaruh dengan cerita Indonesia agaknya :)

sugar2 kapas strawberry said...

mcm nama indon kn?pe bnda nama dia?chinta kenduri ke ape..lupe plk

Anonymous said...

Ian ftw!?

Jerold
http://insurancedepo.info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)