Oct 10, 2010

tahulah masuk toilet pun bayar! : i-city

bukan aku cakap toilet kat i-city tu kena bayar, sebab aku sendiri pun tak jumpa mana satunya toilet masa kat sana. sebab tak ada nawaitu pun nak pergi membuang ke apa ke... cuma tajuk itu merujuk kata-kata, zaman sekarang mana ada free, toilet pun bayar! tu...

ye, toilet bayar 0.20 sen, apa ada hal kan? dan kita memang sedia maklum, toilet ni mana-mana kalau ada person in charge, memang kena bayar. tapi berbaloi-baloi, kalau setakat hulur duit 0.20 sen tetapi kita dapat menggunakan tempat/ tandas yang wangi dicium, sedap dipakai, kan, kan? nak melabur pun senang dan tenang. hehh.

cumanya, kalau rumah salji di i-city shah alam tu di cas RM2 per person, aku rasa cukup tak masuk akal (betulkan kalau aku salah, okeh?) sebab aku malam tu masuk free, jadi tak tahu nilai RM2 tu per person atau berapa person. cumanya kami masa masuk i-city tu dah kena bayar RM10 satu kereta, jadi dapat tiket free yang membolehkan kami 5 orang masuk free via satu tiket. jadi, kami 8 orang, pakai dua tiket. sebab dua kereta, dapatlah dua tiket. jadi, tak ada hal. boleh masuk tanpa berurus niaga lagi.

itu kami. tapi bayangkan kalau orang lain yang tak dapat tiket tu... dan aku tak tahu atas dasar apa tiket tu diberi percuma, sebab aku tengok ramai juga yang masuk beratur pergi beli tiket. cuma aku nampak mereka membayar RM2 tapi tak pasti for one person only atau 5 person jugak.

sedikit prihatin, bukannya apa kan... kalau rumah salji tu selesa, dan sangat menterujakan, apa ada hal nak bayar RM2 tu, tapi mak aiihh, bersesak-sesak nak mati dalam tu. dengan giliran masuk tak dihadkan, main redah je... bersesak-sesak lah jawabnya. awak nak snap gambar, orang lain nak juga. tunggu turn. kalau dapat turn dan dapat snap baik-baik, tak apa, tapi kalau tak? jadinya... kalau yang bayar tu mesti tak berpuasa hati kan?

bulan 7 yang lepas, aku pergi dengan kak pah dan kawannya, masa tu free lagi. mungkin testing, nak tengok sambutan. gamaknya ramai sangat yang teruja nak masuk, itu sebab dikenakan pula bayaran. tapi macam aku cakap tadi, bayar tu boleh, tapi berbaloi-baloikah? untuk anak satu dua itu tak apa, tapi kalau anak ramai,  hak adoii jugaklah kan.

tahulah nak buat duit, tapi awak dah kenakan RM10 per car yang masuk... itu belum memadaikah? tahu tempat tu cantik, dan menarik perhatian ramai untuk datang, tapi beragaklah... sekurang-kurangnya, masyarakat kita ada destinasi nak bawa anak-anak berhujung minggu, tetapi kalau macam-macam cas nak kena bayar, mana mahu tahan, kan?

pihak bertanggungjawab, sila fikirkan..:)


pesan tahibulan:
kritikan membina... untuk semua rakyat jelata di bawah naungan hamba.hakhak.:P

tanya tahibintang:
pssstt...lawa tak header baru kita tu..?

5 comments:

Mat Sentap said...

ish, leceh tol la klu tempat mcm tue nk kne byr....klu betul2 bersih oky jgk...tp kalau setakat nama tandas exclusive pastu kne bayar 5posen..tp dlm mcm hampeh...ape cer??? hehehe..emo lak psl tndas...

juma said...

betol tuh...dulu sy masuk pon free erk..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pikirkan sedalam nye...
:)

SoFie NuR said...

memang susah nak jumpa toilet yang bersih yang berpatutan ngan bayaran yg dikenakan....tapi kalau nak diikutkan bayaran toilet kat mesia memang agak murah kalau nak dibandingkan ngan tempat lain...

by the way, zaman skang mmg semuanya guna duit...mungkin charge yang dikenakan unutk maintenance tempat tu...hurmmm

Sheherazade said...

pelempang laju2 baru taw!ku xpenah jejak lagik i-city nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)