Oct 10, 2010

cerita 10.10.2010



jam 12.34 am... kira dah masuk 10.10.2010. bila sebut 10.10.2010, semua dah fikir dan teringat macam-macam kan? macam-macam event ada... yang nikah kahwin, tak payah cakaplah, yang event itu ini belum lagi termasuk tu. pendek kata kalau dibilang dengan jari, tak terhitung event pada 10.10.2010 ni agaknya.

semua berebut tarikh ni, semua nak tarikh hebat ni. sampaikan katering tak cukup tangan nak handle, sampaikan tok kadi pun tak sempat nak mengejar, sampaikan ada pasangan yang kempunan tak dapat tarikh 10.10.2010 untuk melangsungkan pernikahan masing-masing. sadis. tak apa dik, cuba lagi tahun depan ye...;)

yang semua orang tahu aku agak, pastinya pernikahan pasangan popular dan tak asing lagi dengan masyarakat kita. ahh sebut saja, syeikh muzaffar, siapa yang tak kenal kan? semua pasti teruja bila dapat bertemu dengan beliau. kalau ada saja event yang menjemput beliau datang, maka berpusu-pusu yang menunggu untuk bertemu, bersua muka. koman-koman pun, minta autograf seketul dua.

tengok gambar pre-wedding saja pun aku dah kecur liur, weddingnya pula aku tak pastilah macam mana. dengan konsep perkahwinan yang tak pernah-pernah aku tengok, memang cun dan mantap lah beb. buat aku naik teruja nak kahwin jugak pun ada. hakhak. :D paling tak tahan tengok gambar ni... hu gila kreatif dan canggih manggih, ohh.

gambar wedding sheikh muzaffar

gambar wedding sheikh muzaffar 

gambar wedding sheikh muzaffar


dan ini lagi gambar pre-wedding mereka... memang lagi buat aku meleleh-leleh air liur ha...hakhak
 


kad kahwin datuk dr sheikh muzaffar dan dr halina pun cantik dan mewah sungguh





apapun, semoga datuk dr sheikh muzaffar kesayangan ramai ni dapat melangsungkan pernikahan beliau dengan tunang tercinta, dr halina esok dengan selamat. semoga pernikahan beliau dilangsungkan dengan limpahan rahmat-Nya dan mengikut apa yang diidam-idam dan dirancangkan... ;)

######

selain pernikahan pasangan ini, turut melangsungkan pernikahan/persandingan pada 10.10.2010 ialah beberapa orang yang aku kenal. salah satunya adik encik M dan sepupu peri pia. hu, aku tak kenal pun sepupu dia, tapi aku ada baca dalam entry dia tadi. hakhak. kira kenal suam-suam kuku lah kan..:)

dan selain pernikahan, 10.10.2010 ialah hari konvokesyen ke-21 CNI (creative networks enterprise) selepas konvokesyen ke-20 yang dibaut secara gilang-gemilangnya di arena of stars tahun lepas. kalau tahun lepas, rakan-rakan CNI dari singapura, filifina, brunei, indonesia dll datang dan telah dihiburkan oleh ning baizura, faizal tahir dan beberapa artis lain, tahun ni pula dafi mengambil tempat.

tahun lepas yang ke-20 sebab tu buatt grand-grand gila... merasa aku macam pergi anugerah bitang popular masuk arean of stars tu.hakhak. sampai aku pun terloncat-loncat dengar si faizal menyanyi lagu gemuruh yang selalu menjadi lagu kesukaan kami tu. lagu semangat kami panggil. huh, memang semangat bila dengar lagu tu.. tak percaya, cubalah... :)

insyaAllah, esok aku akan bersama-sama team untuk meraikan ulangtahun CNI yang ke-21 di putrajaya... semoga semangat merah terus menyala-nyala. insyaAllah... =,= esok juga mungkin akan ada pelbagai program menarik dan tawaran harga hebat untuk pengunjung yang datang. jadi sesiapa yang berminat, boleh jumpa kat sana, okeh?

bermerah-merah dalam arena of stars, genting highlands tahun lepas, 1.11.2009


cakap tahibulan:
hari ni cik bulan pergi desa waterpark. main-main dan suka-suka. tapi hati terasa sesuatu yang tak kena... apakah? sekejap hati lega, sekejap teringat. ohh.

4 comments:

ardinihumaira said...

bestnya kalau dapat tengok real punya majlis tu kan :D

Sheherazade said...

apakah yang dirase?wuu~

sugar2 kapas strawberry said...

sy suke gmba dia pegang belon warna warni tu..waaaaaaaaaa...cantik

aSmiDar said...

mmg perkahwinan diabab ini nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)