Aug 8, 2010

trip to genting highlands lagi

muka depan pamplet



tengah


[ada 5 kupon baucar yang diberikan kepada peserta selain breakfast dan lunch]
kebestan trip-trip yang lepas lihat di SINI

Trip to Genting...31 Jan 2010

(salah satu kenangan trip yang lepas)

kawan, hari ni aku bawa lagi satu trip ke Genting Highlands lepas siri pertama yang dihandle dulu. sebelum ni, akak aku selalu buat dan kali ni aku handle sendiri benda ni mengambil alih tugasnya...boleh dikatakan kali ni aku handle lebih kurang 75% seorang diri jadi aku harap misi ni berjaya.


ohh ye, trip ni banyak bagusnya untuk business. banyak contact kau dapat nanti dan masa ni jugalah kau boleh buat orang kenal dan faham tentang business kamu. jangan lupa untuk ambil sepenuh peluang yang ada tika ini dan tawarkan pelbagai keistimewaan untuk peserta trip kamu itu.


ohh blog memang tak bernyawa sangat rasanya. entry yang ada pun entry dalam draft yang aku godek-godek. cuma semalam cuba memberi nafas baru. maka hai hai bai bai lah kepada template lama itu. erm, okay tak template dan suasana baru blog aku ni..kalau rasa tak sedap mata menjamu, tegur-tegurlah ye...:]

semalam (sabtu, 7.8.2010) aku ke kelas Amali I (3 jam) dalam kelas untuk lesen memandu L. ohh payah juga nak dapat lesen L pun kan? tak apa, sabar je lah meskipun 3 jam itu sebenarnya duduk di sana dari jam 9.00 am sampai 3.00 p.m tapi dikiranya 3 jam. mengadu kepada si mangkuk...dijawabnya:


"kalau nak senang, sila ambil lesen kereta lembu, tak pun kereta sorong". cess, memang mangkuk tingkat betul lah mamat ni. tak apa, ada ubi ada pengat, ada hari, aku ingat. cess, cess, cess. :P dipesannya lagi...khamis ni, jangan orang suruh buka bonet, awak buka enjin pulak. hek eleh, nak cakap aku buta kenderaan sangatlah tu.cit poorah....


yang aku ingat hari tu...bila naik kereta ke dengan dia, untuk ke satu destinasi..aku banyaklah tanya itu ini kan. bile jumpa waterfall, aku tanya, bila jumpa jalan baru, aku tanya, bila jumpa tempat cantik, aku tanya...dia pun sound:

"oii, tengoklah sini...nak belajar memandu sangat... ini bila orang drive bukan nak tengok orang drive. sibuk nak tengok kiri kanan, tengok hutan, tegok bukit, tengok pokok, tengok ari terjun. melangak macam datin. lepas tu sibuk tanya, wak itu apa wak? wak ini apa wak? wak pokok itu cantik kan wak?"


aku? gelak tak payah cakaplah.....haiihh, dia kan kalau dia sound aku apa-apa kan memang sebijik kena atas kepala. tak lari langsung tapi nasib baik lah dia tu jenis outspoken yang kelakar. dan dan juga, aku gelak terbahak-bahak, berdekah-dekah tak ingat dunia. cess, baru aku perasan, mangkuk ni perasan aku bagaimana... hakhak. malu pun ada...tapi buat macam tak rasa apa-apa jelah kan?


ha, tadi juga kami sambut parti kejutan hari lahir untuk kakak kesayangan saya...iaitu kak elly. fuhhh, full of romanticlah. abang azrul siap bagi bunga rose merah-merah cantik sungguh! aku terinngatkan sesuatu...tiba-tiba. dan k.elly pula cakap "ohh tengok bunga ini ingat satu tragedi...' hu...ye, tragedi. ahh, lupakan saja ia. kita bergembira okay?makan kek banyak-banyak dan harus kenyang. yang pasti, bergambar memang selalu tak nak kalah, kan?


sebelum lupa, esok ada hari COOL SUNDAY di wisma CNI shah Alam lebih kurang macam hari tu juga. sesiapa yang pergi dan memakai baju merah serta spek amat hitam akan mendapat hadiah msiteri. so, apa tunggu lagi?trip kami pun akan singgah ke sana dulu. hope rombongan akan bergembira dengan trip ini...:D. isnyaAllah...:]



Notabintang:
saya nak pakai baju merah dan spek mata hitam tapi ke genting, saya mahu tukar...huhuhu.boleh tak?

entry ni macam-macam ada kan?hu..1 malaysialah katakan....:P

4 comments:

Sharinginfoz said...

dahlama tak po genting ni...

Segmen Kenali Blogger: Eelobor

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bile la aku nak g genting lagi nieh...
;)

Kie-yu said...

hee :D
bnyk cerita dlm 1 entri
mcm selak majalah remaja~

ardinihumaira said...

bestnya ke genting.. :) hepi2 tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)