Jul 29, 2010

review fesyen bertudung | style pemakaian tudung kecil/kecik

memandangkan ini keyword paling popular kat blog aku, ada baiknya aku menambahkan bilangan entry tentang fesyen bertudung ni supaya yang datang mencari selalulah berpuas hati. sebelum terlajak perahu boleh diundur terlajaklah kata buruk padahnya...


aku nak pesan awal-awal, kalau stalk blog aku dengan berharap bahawa teknik pemakaian tudung di sini amatlah gorgeous bagai ala-ala model majalah dar.com, ohh itu sangatlah berlebih-lebihan dan tidaklah digalakkan seperti mamat poyo ini, sebab aku ni hanyalah bakal guru bahasa melayu adanya, yang tidaklah pernha berkursus untuk menjadi model tudung mahupun model anak tudung. ye..???


okay, bertepatan dengan tajuk, aku nak kongsi satu fesyen bertudung yang mungkin kau orang dah lupakan, dan tak pandang sekarang (tapi aku rasa budak-budak UPSI masih lagi dengan gaya lama, iaitu tudung petak ni) sedangkan satu masa dulu, ia adalah satu trend juga dalam kalangan wanita hot seperti kita ini.wakaka, ayat tak boleh blah. fesyen yang aku maksudkan dari awal tu, seperti tajuk hendaknya, ialah fesyen tudung kecil empat segi tu... ingat tak? macam ni ha....




biasanya tudung ni sangatlah comel dengan saiznya yang kecil dan pelbagai coraknya. biasa, kita payah nak dapat tudung bercorak yang kecil, kan..?banyak yang kat pasaran ialah tudung besar dan bercorak, tapi yang ada kat pasaran tudung-tudung ini pun banyak dari luar contohnya, jenama mortada, donatello, dan sebagainya. yang famous itu ialah jenis donatello tu yang boleh dibeli dengan harga, RM 15 sehelai dengan kualiti yang cukup baik, sebab itu mahal sikit, tak macam shawl kita, RM10 ke bawah pun boleh dapat, ye tak?


dulu...pemakain tudung ini amatah comel, simple dan senang digayakan. aku cukup-cukup selesa dengan tudung ni. mudah nak pakai, walaupun kawan-kawan aku cakap, tak suka pakai tudung bunga-bunga ketika zaman muda-mudi dulu, iaitu lebih kurang satu hingga empat tahun yang lalu.... tapi aku peduli apa, nak pakai juga.nah, ini cara aku pakai....

kat jalan TAR, awal tahun lepas


kat Genting...
eh asyik tudung sama je, tak ada tudung lain ke?okay-okay, tukar-tukar lain...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

gaya dalam kelas.memang cess!

nak pergi tengok Puteri Sakdung


cantiknya gigi..apa rahsia?kodomo lion...


ni lain sikit, ada manik-manik. itu handmande :]
pernah cuba jual dulu cara offline, tapi tak jalan, mahal katanya..handmade memanglah mahal sikit, kan?

nak tahu ke macam mana nak pakai? tudung ni leceh sikit, kena pandai lipat nak jadi segi tiga tu sebab ia kecil, karang sangat senteng pula. kalau nak tahu, tunggu next entry. bagi tutorial fesyen bertudung ni, mungkin banyak sangat kat pasaran ni, yang bagi tutorial shawl kan, jadi aku nak bagi tutorial kepada orang-orang yang masih kekal dengan tudung 4 segi tapi nak berfesyen sikit...boleh?


itu pun kalau diizinkan tuhan..sebab aku ni banyak hutang tutorial...



Notabulan:
sebenarnya, aku segan nak buat video..hakhak.

8 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

sy pon byk tudung corak2 :)

tp skang ni pkai tudung bawal.sng.shawl ketika sy ad byk2 masa :)

Weeda said...

suka jugak tudung kecik2 cute camtu..memang kena pandai lipat la sebab kalo tersingkat nanti nampak leher...yang paling best tudung kecik jenis cotton...

nanad said...

comel ;) nak try la nanti .

.::WaNiE::. said...

suci sungguh muke kamu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak tudung gak...
;)

Mat Sentap said...

sy ske jgk pakai tudung 4 segi yg bunga2 tue, tp skang dah xda..mne hilang xtau..dlu ada banyak..jns kain cotton, silk,..susah nk pakai kt depan tue...
dlm simpanan tgl 3 helai kot..yg len sume kt umah n bg kwn2!!
tp pakai tudung tue sebenarnye npk sweet...=)

ardinihumaira said...

pia.. piaa...

dni nak gtau sesuatu..
gambar last tu kan kan..

























pia nampak iras fasha sandha!:D

Sheherazade said...

ye la syg,ku gagal pakai tudung ni :(

jd senteng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)