PETALING JAYA: Juara Mystar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom (gambar) mengakui menyesal membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Nur Umirah Ali atau Miera,17, yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri untuk memerangkapnya.
Miera adalah adik tiri isteri kepada seorang lelaki yang juga bekas kekasih Tom.
"Ya saya ada SMS dengan dia, tetapi dia yang mula menghantar SMS dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya terlebih dahulu.
"Dia yang mulakan dengan cara kasar untuk membangkitkan kemarahan selain bertujuan mengumpan saya untuk mengaku mempunyai hubungan dengan abang iparnya," ujar Tom menjawab persoalan apabila SMS yang dihantarnya kepada Miera telah disiarkan sebuah portal hiburan, Isnin.
Kata Tom dia menyesal kerana tidak menyimpan SMS yang dikirimkan Miera itu kerana menganggap ia tidak penting tetapi terkejut apabila gadis itu rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat.
Menurutnya, dalam SMS itu Miera asyik bertanya sejauh manakah hubungan dia dengan abang iparnya dan Tom menjelaskan lelaki berkenaan adalah bekas kekasihnya dan mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.
Bagaimanapun Tom menjadi marah apabila gadis berkenaan berulang kali mempersoalkan penjelasannya menyebabkan dia terpaksa menghantar mesej memberi amaran agar tidak melakukan perbuatan yang dianggapnya sebagai kurang ajar.
"Saya tidak simpan SMS yang dikirimkannya kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi mereka simpan SMS saya sebab ada agenda tersendiri. Saya mengaku ada telefon Miera sebab sudah tidak tahan dengan SMS yang terus menerus membangkitkan kemarahan saya.
"Mereka asik bertanyakan tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut, walaupun saya sudah berkali-kali menjelaskannya ia adalah perkara lepas.
"Kalau anda di tempat saya mungkin akan melakukan perkara yang sama.
"Mereka serang saya guna SMS bertubi-tubi sehingga membuatkan saya membalas dengan kata-kata agak kesat. Memang silap saya kerana melayan SMS tersebut," ujarnya dengan nada kesal.
Sementara itu, Tom menafikan dakwaan Miera bahawa dia ada berkomunikasi dengannya menggunakan laman sosial Myspace.
Kata Tom dia tidak pernah mempunyai akaun Myspace seperti didakwa.
"Saya tidak pernah mempunyai akaun tersebut bagaimana saya boleh berkomunikasi dengan mereka? Kalau perkara itu benar saya tidak takut untuk mengaku.
"Apa yang mereka cuba buat amat melampau. Itu semua cerita bohong," ujarnya.
Kejadian itu kata Tom menyebabkan dia tidak sanggup unutk membaca berita-berita yang disiarkan sama ada di surat khabar atau di internet.
"Perkara ini semakin menjadi-jadi, saya tidak kuat untuk membaca cerita-cerita yang hampir setiap hari ini.
"Saya mahu mereka tolong hentikan segala fitnah yang dilemparkan ini dan selesaikan cara baik," ujar Tom.
Ahad lalu Tom diserang sekumpulan lelaki dalam satu insiden apabila dia dikatakan mempunyai hubungan dengan suami orang.
*******************************
komen seorang teman, di entry
kisah TOM ibarat kau pukul aku, aku pukul kau | tapi bukan kau raba aku, aku raba kau, hehh
one pic means a thousand words.
penyanyi dituduh aniaya isteri orang.
tapi bila penyanyi tu kena pukul, si isteri tu siap peluk penyanyi yang tersungkur sambil muka sedih.
hm....
fikir2 kan lah...
penyanyi dituduh aniaya isteri orang.
tapi bila penyanyi tu kena pukul, si isteri tu siap peluk penyanyi yang tersungkur sambil muka sedih.
hm....
fikir2 kan lah...
Kisah-kisah TOM dan perkembangannya semua ada di blog aku ni..nak tahu, godeh je....ye?
Notabulan:
Berpandukan akal untuk menilai... sebab ini bukan sekadar cerita artis sebenarnya, tapi cerita tentang nilai hidup kita sendiri....ye tak?
kawan, SMS itu membahayakan. kalau nak buat apa-apa, lebih baik call. SMS akan berpanjang-panjangan, dan boleh disimpan, diforward-forwardkan... jadi, kenapa nak menjerat diri sendiri?
sumber:
Tom Dakwa Diperangkap Melalui SMS [petik dari : blog halaman gambar2 pelik]
3 comments:
kontroversi sungguh!huhu..
mcm kes artis skrg ni...
Harga Petrol, Diesel, Gula Dan Gas Naik Mulai 16 Julai 2010
nasib kamu la tom
ku hanya mampu simpati,harap2 x jadi pada kita
nauzubilah
Post a Comment