Nov 15, 2010

aku kurang suka blogwalking ke blog hebat

hebat ke? entah, aku kategorikan hebat, sebab follower dia cecah ratus-ratusan, dekat ribu-ribuan. mungkin hebat. dan lagi satu aku cakap hebat, ialah bila dia menulis sukanya 'perli-perlian'. iyelah, orang lain tulis, buat semua dah tak betul. ada saja yang tak kena. jadi, free-free je makan 'perlian' dia. hebat lah tu kan? atau mungkin dia berasa dia hebat. mungkin.


sebab tu, aku jarang blogwalking sekarang. mungkin lebih tepatnya, jarang ke blog hebat yang seperti aku kategorikan tadi sebab kadang-kadang bila pergi ke sana, memang sentap gila, mood aku akan mati. lepas tu, aku terkedu. iyelah, bila dia tulis, akan tulis, ayat-ayat macam ni...


'buatlah macam ni, janganlah macam ni....bla, bla, bla...' atau ayat macam ni
'baru menulis setahun jagung, ada hati.... bla, bla, bla..;' merujuk kepada blogger baru yang tak sehebat dia, kot?


sebab tu aku suka sangt pergi ke blog, baru nak naik, yang aku boleh tulis sepatah dua kata yang memberangsangkan. yang aku boleh tulis, 'hye, cik bulan singgah, teruskan menulis ya...' dan macam-macam lagilah. yang tak perlu aku bermakan hati, berulam jantung, atau jantung aku berlari kencang 3x persaat. benci okeh bila berasa macam tu...?

hari tu rasa itu pernah terjadi perasaan ni, bila jantung berlari, berdegup kencang. ye, bila ada seorang blogger cun, lawa yang beribuan followers yang menulis, lebih kurang berbunyi, 'dia tak ada pages, dan tak macam sesetengah blogger, yang buat pages sendiri lepas tu invited friends untuk LIKE'. huhh, setengah mati aku terkejut. sentap. terkena woiit. bukan aku saja. seingat aku, ramai blogger buat macam tu dan invited aku, aku rasa okay je.


tapi, TAPI ye kawan-kawan... tak lama selepas itu, dia pulak yang ada pages dan invited aku untuk LIKE pages dia. tak ke lawak tu? rasa nak jelir-jelir je lidah kat dia, hahh, jilatlah ludah kau sendiri ye dak? aku ada komen dia pasal tu, tapi tak pulak berjawab, kenapa, malu?


wehhh, kita ni manusia-manusia biasa je.. tak payahlah kita rasa orang buat itu, tak kena, ini tak kena, lepas tu kita sebenarnya yang teringin nak buat jugak. bagi aku, apa-apa saja dalam dunia ni, kalau buat, tak bersalahan dengan agama, etika, nilai-nilai kemasyarakatan dan tak menyusahkan orang, buatlah, selagi kau mampu untuk mengawalnya.


kalau menyusahkan diri sendiri pun, apa ada hal, ye dak? asal bukan menyusahkan orang lain.titik.


pesan tahibulan:
hati-hati bila menulis... tulis je apa je, tapi jangan sentuh orang lain. faham?

8 comments:

Unknown said...

positif:
nk blogger yg sket follower ni naik cam dia la kot...

negative:
mntg2 ramai follower...cam rasa dh bagus kan3...hehe

GreenLava said...

Jangan jadi macam Amerika, orang lain buat semua tak betul :)

zarifahmr said...

kadang kadang rasa macam takut je bila orang baca belog kita. ntah kena ke tak dengan diorang. ye lah kita tulis belog ikot dan kita. kang salah cakap susah pulak kan..haih

wachak said...

eh !! sama ler kita. x suke singgah blog yang dah ada nama bagai nk gah. pandang kita sebelah mata jer .. kui33

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pollow seikhlasnye..
komen seikhlasnye..
kwn seikhlasnye...

Fatin Liyana Asri said...

kak pia!

sbr je lah. blogger cmtu mesti die pk die bgs..tp xbgs mana pon. ilek2 sudeh he..dh dh jgn skt2 hati eh!

ardinihumaira said...

baru menulis setahun jagung, ada hati....


dni pernah tulis macam tu.. sebab pengkomen tu cakap dni newbie dan nak eksyen mengalahkan orang bla bla pastu tuduh dni adalah orang yang dimaksudkan oleh blog blabla dan agak mencaci dni... so that dni berkata seperti di atas nun untuk pengkomen itu... tak ada niat untuk orang lain. heee... sorry kalau buat pia tak suka. dni tidak bermaksud. lagipun dni entry dni tu dni dah cakap ianya untuk si pengkomen itu.

Imddin Ahmad said...

Blog ni pun hebat juga.....
Teruskan berkarya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)