itu nasihat encik M pada aku. kata dia, tak apa, orang nak macam-macam mana pun, asal bukan kita. biar orang kata tak nak, acuh tak acuh, layan tak layan, itu terpulang kepada mereka. tapi kita harus tetap dengan tanggungjawab kita, bertanya khabar, ambil berat, walaupun kita terasa kekok dan serba salah. tak apa, katanya.
itu mungkin perasaan. itu mungkin yang kita rasa. tapi jangan biarkan perasaan yang control diri kita dan perbuatan kita. kita kan tahu mana letak duduknya diri kita. kita kan tahu bagaimana keadaannya dan mengapa perjalanan itu terjadi. tak apa, kalau orang yang memutuskan atas assumption-assumption mereka sendiri, tak apa, tapi bukan kita.
hidup ni... takkan lepas dari persepsi macam-macam dari segala jenis orang. kadang-kadang kerana persepsi dan assumption sendiri, orang boleh berbalah-balahan. tapi kita jangan ikut sama. kita kan ada otak, ada otak pakai. kalau kita ni orang yang pernah memuji bagai, sayang teramat, menghormati dengan sepenuhnya, teruskan. jangan hanya kerana peristiwa-peristiwa yang tak tahu mana hujung pangkalnya, lepas tu bermasam muka dan mula berbalah-balahan.
jangan kerana orang itu yang cuba memutuskan, jangan pula kita yang sedemikian. kerana kita tahu siapa letaknya diri kita, tunaikanlah tanggungjawab kita itu. jangan berburuk sangka, jangan mengotori hati. buktikan, jika benar, kita bermula dari awalan yang ikhlas, teruskanlah. kerana awalan yang ikhlas itu, harus tidak berakhir seperti itu, melainkan antara kita yang memang punya niat yang tidak baik sedari dari awal lagi, ye tak?
mengalahlah...bukankah itu juga pengorbanan?
buat encik M, sekalipun engkau kadang-kadang cakap macam tak pakai otak dan mulut macam longkang, tapi apa-apa hal, banyak kata-kata kau jugak yang benar. ye betul, engkau memang tak baik sangat, tapi aku suka cara kau. 6,-
kepada semua, selamat menyambut hari raya aidiladha. kalau makan daging jangan sampai naik darah tinggi. kalau minum air bergas, jangan sampai kencing manis. itu saja. =)
pesan tahibulan:
jom sama-sama berhijrah.boleh bukak buku baru sekarang. buku 555 pun okay kan?
5 comments:
i sokong u kak tahibulan. ngee
mengalah bukan bermaksud kita kalah
:)
eh cik soffya asal kemaman ke? kemaman katne? hihi
selamat hari raye...
berhijrah bear ke arah baek kan...
jgn dgr ckp 0wg cgt...
if telalu dgr ckp 0wg..
kite sti hlg keyakinan dri nk wat pape sb tk0t t der je x kne d mate 0wg...
s0 abaikn je k..
mlt manusia mne leyh ttp kan kak...=)
tabik spring utk En M
Post a Comment