Nov 19, 2010

dah tebus duit nuffnang sebab tamak haloba yang mencengkam jiwa :P

 nanti kalau duit dah sampai rumah, aku nak beli bunga macam ni sekati boleh?


kata orang, kalau nak duit nuffnang mencanak-canak naik, hendaklah ditebus selalu. haruslah tidak dibiarkan ia sikit-sikit lama jadi bukit. sebab kalau jadi bukit, orang kata nuffnang macam sombong sikit. jadi, kalau separa bukit mahupun anak bukit, cepat-cepat lah pergi keluarkan. oleh sebab aku ni tamak haloba punya orang, ibarat anjing dengan bayang-bayang, cepat-cepat je aku pergi tekan butang tebus pendapatan tadi. hakhak.


andai bercita-cita nak dijadikan sebagai simpanan masa depan, bolehlah duit tu nanti pergi simpan pula dalam buku simpanan bank. ye dak? hehhh, tak tak. actualluy tadi tak tersengaja pergi tekan butang tu. konon-konon nak tengok apa jadi. hehh, memang benar-benar terjadi, proses penebusan is proceed. maka, jadi beginilah tabung nuffnang cik bulan yang selama ini tak seberapa adanya...


sedih sob sob sob... terpana tengok. kosong pun kosong lah kan...


harap-harap esok nuffnang kasihan dan bagi balik Burfered Earning yang berderet-deret macam dulu... ;] ha, buat korang yang selalu bertanya macam mana nak up trafik, macam mana nak dapat duit nuffnang, boleh tengok tips kat side bar ni. siap sedia dah aku buat. tunggu korang nak godek-godek je.


aku? tak payah tanyalah trafik aku berapa... duit nuffnag aku banyak mana. yang pentingnya tak banyak mana pun... cuma, bolehlah aku nak buat beli banglo sebijik, lepas tu bungkus kereta ferrari 5 buah. eh tak adalah. sekadar-sekadar boleh untuk aku berdiri dengan blog ni je, dan cuma, cuma ye kawan-kawan, dulu aku rajin sangat study dan buat review. mana-mana tips je orang tulis, orang kasi, aku mesti godek punya. sebab tu jugak, aku kongsikan pulak dengan korang. rajin tak, rajin tak? rajin kan (angguk, angguk)



cuma sekarang, tinggal nak ikut je.... dan aku dah ikut-ikut jugak, alhamdulillah, ia berhasil. tapi belum sepenuhnya, sebab sekarang aku memang tak punya masa sangat tak macam dulu, 3-5 entry sehari pejam mata je nak buat, kan, kan. so, kalau korang nak berjaya, silalah rajin menggodek-godek. okeh?


aku aktif berblog bila aku tukar URL blog aku ni dalam bulan 12 tahun lepas kot. tapi betul-betul aktif bila aku dapat ladtop baru, masa bulan 2, 2010. masa tu follower aku baru je dalam 60 orang. tu pun hilang jejak aku sebab tukar URL kan.


tapi alhamdulillah, dah hampir 10 bulan sekarang, blog ni berjaya jugak kumpul BE seketul dua dan boleh mantain trafik 200-300UV sehari aku rasa dah lega sangat. sebab aku bukan blogger sepenuh masa. sekarang aku nak tolong mak aku. lepas tu, ada nak handle business sendiri. dulu, business tu kecikkkk sangat, sekarang alhamdulillah, dah makin berkembang. esok lusa, aku nak pergi lapor diri untuk kerjaya aku pulak, seorang guru. maka, masa akan semakin suntuk untuk handle semua ni...


yang pastinya, aku akan sentiasa ingat bagaimana aku bermula, dan sesiapa yang bersama dengan aku dari mula aku naik sampai sekarang, dalam bidang apapun. sebab tu aku tetap aku... sekalipun aku disukai atau dicemuh, aku tetap akan menulis dengan cara aku... kadang-kadang aku tulis macam budak masuk air, hakhak, hakhak, ke sudahnya hakhak. kadang-kadang pula, menulis series nak mati, sebab itu adalah aku... yang menulis berdasarkan kehidupan aku.


lagipun, mana ada sepanjang tahun hari tak hujan? dan mana ada sepanjang tahun, bumi kegersangan? kan, kan? itulah juga hidup... mana ada sepanjang tahun kita akan gelak saja, dan sepanjang hidup ni kita berduka saja, ye tak?


insyaAllah, bila mula bersekolah nanti, aku akan aktifkan diri di blog :: Ilmu.Tips.Petua :: sebab nak berkongsi lebih banyak ilmu kat situ. insyaAllah...apapun, doakan aku baik-baik saja. okeh?

8 comments:

Uruchimaru @ kf said...

hambe dah tebus jga nuff cik safia..

oh ho dah dpt posting mgjr ke? tahniah cik safia...

Noona said...

muka macam pelakonn....emmm nama ape ntah..lupa..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bile la nak dapat duit dari nuff nieh...

penaberkala said...

uih, brape riyal tuh? best la dh dpt tebus titik peluh jari jemari di papan kekunci,hak3

all the best for new carier
slamat maju jaya utk biznes

ZanaNordin said...

wah...boleh pakai ler idea cik safia nie...nak kena tebus gark nampaknya duit nuff tu..coz' mcm tak bergerak2 plak dia di situ....

selamat mengajar yerk cik safia...

ardinihumaira said...

wink wink...
t belanja ye:D

Belleza~ said...

su br kmpul 3rm je kakak
hahaha kesian kan kan

Peri PiA said...

belanja,hak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)