cara permainan:
- duduk dalam bulatan.kalau 5 orang, duduklah dalam kedudukan membulat kecil.kalau 10 orang pun sama, bulatannya besar sikit.bulatannya cuma kecil atau besar saja.
- orang pertama akan memulakan permainan dan orang sebelah akan ikut dulu.
- orang pertama akan buat satu gaya.contoh:tepuk tangan dengan nyanyian 'cak kali cak kali cak cak cak'.dan bila dia mulakan gaya kedua dengan lagu yang sama, orang kedua pun akan buat gaya pertama yang dia buat tadi.bila orang pertama buat gaya ketiga, orang kedua akan buat gaya kedua yang orang pertama buat tadi dan orang ketiga akan buat gaya pertama orang pertama buat tadi.begitulah seterusnya...sampai orang ke-10 atau 190 pun.ada faham?semuanya mesti nyanyi lagu 'cak kali cak kali cak cak cak' untuk setiap langkah.
- hati-hati.mesti ada yang main tipu atau mengelat.haha.
undang-undang permainan:
- sesiapa yang gagal ikut orang sebelah (iaitu orang sebelum dia, maksudnya orang kedua akan ikut orang pertama dan orang yang ke-8 akan ikut orang ke-7), maka dia kalah.keluar dari bulatan lah kiranya.
- kena perhatikan betul-betul.sebab mungkin ada yang mengelat, dan tak ikut orang sebelah, tapi ikut orang pertama.memang ada yang macam ni sebab tak fokus.
tips untuk tak kalah-kalah.haha.
- jadi orang pertama, iaitu yang memulakan permainan.untung, dapat mengenakan orang dan memang langsung tak kalah.lagipun tak perlu fokus kat sesiapa kan?
- tengok orang sebelah, iaitu orang sebelum (cth:orang ke-3, tengok orang ke-2).fokus apa yang dia buat dan jangan sesekali tengok orang yang mulakan.itu sebab kau akan kalah cepat. sebab, minda dah fokus pada yang pertama, jadi kau akan keliru.
- fokus itu penting.akan ada orang yang blur, tak tahu nak ikut siapa, sebab tak fokus.minda kau cakap, nak ikut orang sebelah, tapi mata kau tengok orang yang pertama.itu sebab blur dan langsung merapu, hentam je buat.apa lagi, kalah cepat lah.jadi, fokus okay?
- abaikan orang pertama jika kau orang ke-3 dan seterusnya.jangan tengok langsung.itu lagi baik.sebab, sekali kau tengok dia, kau akan ralit dan teruja.lepas tu, langsung nak ikut dia dan abaikan orang sebelah.kalau nak kala cepat, perhatikan orang pertama.he..:)
- orang pertama boleh kill orang lain dengan nyanyi lagu tu cepat-cepat dan buat gaya pelik-pelik. meniarap ke, berguling-guling ke.haha.sila jadi orang pertama dengan niat jahat.hehh.
perkara-perkara kelakar yang akan kau dapat masa main ni...:
- mesti ada yang sebut salah..cak kali cak kali cak cak cak mungkin akan bunyi cak kelecak kelecak cap cap, atau cak kalicak cak cak, atau cak kali kali cak kali kali cak.haha.sila gelak guling-guling time tu.
- orang pertama akan kering idea, dan akan buat gaya pelik-pelik.dari berdiri, mencangkung, duduk dan entah apa-apa entah gayanya.mungkin ada gaya korek hidung atau muka tak senonoh okay?masa ni,memang akan gelak sakan, walaupun otak kau cakap, jangan gelak!
- ada orang yang tak puas hati sebab keluar awal dan akan gelakkan orang yang tengah main sampai orang yang tengah main tu hilang fokuslepastu kalah.ini taktik kotor okay?
- orang mengelat.nak-nak kalau bulatan besar.sebab kadang-kadang orang tak perasan.kalau dah perasan, sila ketuk dahi dia kuat-kuat.
- ada ramai orang yang akan hilang fokus dan nak ikut orang pertama.permainan akan jadi kucar-kacir dan ramai orang akan kalah cepat.mungkin ada juga dua orang yang buat gaya sama sedangkan jika ikut permainan, tak akan ada orang yang baut gaya yang sama dalam satu masa.
- pening-pening lalat jika nyanyian tu cepat-cepat.ramai juga yang kalah cepat.
moral permainan:
- boleh ukur tahap fokus seseorang.kalau kamu fokus, dan tak hiraukan perkara lain, memang kamu juara.okay?
- boleh tengok sama ada kamu ni mengikut arahan ke tak.yelah, dah diterangkan undang-undang dan cara permainanya macam tu, tapi kalau kamu tak ikut juga, maka kamu akan kalah sepat, dan itu ukuran kepatuhan kamu.
- boleh jadi ketua yang baik atau tak jika kamu yang memulakan permainan.kamu nak ramai anggota kumpulan kamu ramai yang berjaya atau kamu saja yang berjaya, itu terpulang kepada cara kamu kendalikan permainan tu...
fakta:
- permainan ni kami main masa pergi seminar tu.best dan aku jadi antara tiga orang yang tak keluar-keluar.tiga-tiga ni tak kalah sampai penceramah cakap, dah-dah.haha.masa ni, kita orang kena gelak sebab ain yang lead time tu, buat gaya pelik-pelikm, dari berdiri sampai duduk. ada juga sampai gaya korek hidung dan kami dua orang ikut dengan patuh.hoho. (moral:berjuang.agi hidup agi gelaban.jangan mengaku kalah!)
- aku dah pernah main masa kecil-kecil dulu la...hoho
p/s:silalah mencuba...:) gerenti best!
p/s/s:jangan main kotor!
p/s/s/s: transformasi akan terus berlaku..blog akan terus berubah dari masa ke masa...:)
6 comments:
cm pnh main je bnda alah ni dlu msa orientasi..sush gak kot sbb kna btl2 bg perhatian msa tuh..da la x ckup tdo..mmg btl2 memerlukn kesabaran yg tinggi la
hehehe mau sawan aku kalau main ni ahhaha
teng teng takder ker
nk main tinting leh tk?
sekarang sume orang men game komputer jek cikgu.. hehehe
details gila haha
Post a Comment