Apr 23, 2010

kaitan cuaca dan kelas PJ - hanya catatan seorang guru kecil.

wajah anak didik dipandang sepi.saya tahu mereka kecewa...tapi semuanya kan Allah empunya kuasa.cuaca ini bukan saya yang meminta, malahan saya berharap yang serupa juga, mendung tidak bearak.tapi bukan sahaja mendung yang berarak kelabu, malah hujan turut turun mengiringi mendung yang bertamu...:(




saya menghela nafas yang panjang.bagaimana lagi hendak saya menjawab segala pertanyaan?ye, telah saya katakan.malah, saya katakan dengan terang dan bersuluh bahawa sayang, kita tidak dapat ke padang kerana hari hujan.tapi, mereka tidak mahu menerima alasan saya.mereka masih lagi mempersoalkan.macam-macam soalan...




malahan, menunjukkan wajah kelat seribu, tanda memprotes keputusan itu.ohh, sayang semua.....cikgu faham perasaan kamu, tapi bukan khudrat cikgu untuk melawan takdir yang sudah ditentu pemilik segala yang dilangit dan dibumi ini.kita harus pasrah sayang..belajar untuk menerima qada' dan qadar dengan rela hati...kadang-kadang hasrat kita mungkin tidak dilunasi kerana itu bukan khudrat kita.okay?




saya semakin kasihan.ye sangat kasihan.sudah dua minggu...tidak dapat turun ke padang bermain-main.seolah-olah mereka bertukar baju PJ hanya untuk tontonan umum semata-mata dan memuaskan hati seorang guru yang mahu murid-muridnya semua lengkap berbaju sukan ketika waktu PJ.




Ohh, tidak!saya tidak menjadikan itu satu kewajipan untuk kepuasan hati sendiri.tapi untuk kebaikan mereka.apapun keadaan, tukar dahulu baju PJ.sama ada kamu sakit, atau tidak boleh berPJ sebab datang bulan atau apa, akan cikgu asingkan kamu nanti.tapi kewajipan tetap kewajipan dan cikgu sendiri berusaha memenuhi itu.kamu tidak boleh beralasan apa pun.tidak boleh meminta pengecualian untuk tidak menukar baju sukan.tidak.




tentang cuaca pula, cuaca ketika mereka rehat, iaitu masa bertukar baju PJ itu, cuacanya baik dan mereka pun menukar baju.tapi, apabila semakin petang, cuca mula tidak tenang dan itu bukanlah dalam ramalan saya.kan?




yang paling menyedihkan ialah, hujan akhir-akhir ini semakin lebat di petang hari.jika renyai-renyai, saya redah juga memandangkan mereka semua bersemangat waja.tapi hari ini tidak tidak kerana saya bimbangi jika terjadi sesuatu yang tidak terduga ketika mereka bersukan.oleh sebab itu, kelas PJ saya dua minggu ini hanya menjadi kelas memandang dari mata ke mata, mengenal dari hati ke hati...itu saja.




saya tahu mereka tidak puas hati.tapi mampukah saya memuaskan hati semua orang yang padahal juga ia berlaku bukan dengan kehendak dan khudrat saya?



tapi..segalanya jika dibuat dengan hati penuh ikhlas dan menerima, pasti akan lebih indah...bukan?



catatan seorang guru baru,
cik soffya a.k.a cik safiahafsah shaharuddin

3 comments:

penaberkala said...

haha, cikgu pj dan pelajar-pelajarnya
ye la, sape tak frust, pkai baju pj punyalah smangat, tengok2 hujan plak
tp apakan daya, keadaan tidak mengizinkan..
cikgu kena buat aktiviti dlm kelas la, bg pelajar ceria sikit,hak3

ain fathihah fhm said...

haha memang frust kalau takdapat main masa waktu PJ

Sheherazade said...

dpt merasa kan keletihan dan perasaan x enak,memang susah nak puaskan hati semua org...murid2 pula ,hmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)