Mar 22, 2012

Bagai Langit dan Bumi . Beza aku dan dirimu .

Memang tiada dapat ditandingi . Apatah lagi duduk sama rendah berdiri sama tinggi aku dan dirimu . Kerna besar jurangnya dan bezanya kita . Aku manusia yang penuh kekhilafan . yang selalunya alpa dan lalai dalam kehidupan .

Segalanya kurang serba-serbi . Bukan pekerti secantik Aisyah . Tiada harta berjuta . Bukan orang ada-ada . Tiada pangkat bernama .  Tidak molek paras rupa . Sederhana adanya .

Yang aku impi, juga manusia biasa . Yang pernah berbuat silap tetapi ingin kembali. Yang selalu lalai tetapi ingin memperbaiki . Yang sederhana serba serbi tetapi punya kasih yang tidak pernah berbelah bahagi dalam diri dan boleh saling melengkapi .

Takpe, tiada harta berjuta . bukan sehandsome Tom Cruise. Bukan sehebat Ustaz Azhar . Bukan tinggi budi pekertinya. takpe .

Janji satu matlamat... Ingin mencari redha Allah dunia dan akhirat :))


#Sebenarnya... dalam hati sakit, jatuh dan terluka... sebenar-benarnya, aku tak menyedari bahawa aku sebenarnya sangat beruntung kerana aku dikelilingi oleh orang-orang yang selalui  menyayangi diri dan selalu membuat diri rasa bahagia dan tidak sendiri . Sebenarnya . apakah aku masih tidak bersyukur ?


#Fahamilah ... segala yang terjadi ini, adalah kehendak-Nya . Jadi, apa lagi selain redha dan percaya ?




see, kalau Dia kata jadi, maka jadilah ! ingat tu  kawan, Kun Fa Ya Kun !

2 comments:

Kamsiah said...

Insya Allah...dipertemukan dgn 'orgnya' nanti..:)

Anonymous said...

;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)