Nov 16, 2011

Dicurangi, redha. Mencurangi, jangan sesekali.

lately, begitu banyak cerita kecurangan sampai ke telinga ni . sama ada kawan sendiri atau kawan jauh yang dicurangi. bini curang dengan laki, laki curang dengan bini, gf tidur dengan lelaki lain, bf ada gf lain dan macam-macam lah. (macam-macam cerita... dah namanya umat akhir zaman kan??)


takpe, telinga ni masih boleh dipinjam untuk mendengar . sakit sebab dicurangi meskipun masih segar , tapi takpe, masih lagi boleh berkongsi perasaan sedih dan kecewa orang lain . harap telinga yang dipinjam ni boleh mengurangkan sikit beban yang ditanggung orang-orang itu ...


nak bagi nasihat macam pandai-pandai sangat punya nasihat, macam tak reti manalah pulak. tapi nasihat berdasarkan pengalaman sendiri tu bolehlah . sekadar meringankan beban dan meredakan keadaan, bukan mengeruhkan . (kalau tak boleh memulihkan keadaan pun...)


apapun, pesan aku... belajar untuk redha . jangan cepat menghakimi . jangan kerana satu silap orang, semua kebaikan dia kita lupakan . wajar untuk kita kaji dan selidiki, meskipun kecurangan terbentang di depan mata . dan kalau tak mampu untuk melupakan, sekurang-kurangnya cuba memaafkan dan kemudian fikirkan jalan pengakhiran yang terbaik, sama ada terus bersama atau berpisah . (memaafkan, boleh bikin hati jadi tenang. ingat tuhh)




bagi aku, even tak pernah terlepas dari episod dicurangi dalam episod percintaan, berkali-kali, tetapi, untuk mencurangi, itu bukan pilihan aku. insyaAllah, moga tuhan menetapkan hati ini ... (bak mak cakap, biar orang buat kita, jangan kita yang buat orang...)


#buat adik kesayangan akak, sabar ye ... insyaAllah, nanti jumpa lelaki yang lebih baik lepas ni yang sepadan dengan adik yang berakhlak baik jugak ni...;)))

 #kawan-kawan yang mendengar masalah kawan ... tolong jangan jadi batu api ... jangan panaskan lagi keadaan yang sedia ada. buruk padahnya nanti . ingat, kita pun ada potensi untuk dicurangi/mencurangi ... bukan???

1 comment:

firuzdanial said...

curang ni dah jadi mcm fenomena plak..adoyaiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)