Oct 11, 2011

Aduyaiii... sedihnya Cinta Elysa malam ni




Apesal sedih sangat pulak cerita ni malam ni. isk, nasib baik tak kena tadah air mata dengan baldi je... kekeke. (tak kena tadah, cuma lencun tuala lap air mata. kahkah.) nak buat macam mana, hati tisu. tu kalau kat rumah, mak aku selalu usik. time tengok cerekarama kan, selalu cerita sedih kan... mak aku bunyi la kat adik, "Dik, banjir dah rumah kita ha...". sebab tengok aku duk cover muka dengan kuisyen. hahaks.


aku suka betul cerita ni dan jalan cerita ni. sebab mungkin aku suka botak dan fasha kot. minat betul lah dorang ni. tiba dalam cerita ni berlakon berdua pulak. memang kena sesangat la. macam orang mengantuk disuakan bantal, memang suka bebeno. ;D


aku suka attitude yang ditampilkan pada watak ARIL. sebenarnya, ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari attittude dia tu. first question is, kenapa dia jadi macam tu? kenapa hati keras macam batu? kenapa dia begitu egois? kenapa dia macam penyangak lagaknya? semua tu kita boleh tengok dari cara dia membesar, macam mana environment tika ia dia membesar. sebab tu, bila budak jadi macam tu macam ni, jangan salahkan dia 100%, okeh? (eceh, takyah nak tulis macam cikgu sekolah sangat la kan... )


kadang-kadang kesian jugak tengok pada Aril tu, even watak dia kadang-kadang buat kita geram semacam kan. hati yang keras tu datangnya dari didikan yang keras. bila hidup kurang kasih-sayang, secara tak langsung ia akan mempengaruhi cara dia melayan orang lain jugak. dan dia sendiri pun dah tak reti nak rasa, macam mana erti kasih-sayang tu... kan...


berbalik pada cerita tu malam ni, aku suka tengok scene ELYSA dengan ARIL. sweet je, even dorang gaduh dan layanan aril macam tu. aku suka attitude yang ada pada fasha juga. tapi kak yani (officemate) tak suka attitude macam tu. dia kata cengeng. dia kata, pia jangan ada peel macam tu, tak elok. kahkah, kemain bagi warning kak yani... ;)


yang paling aku sedih, bila elysa cakap dengan aril directly. kemain sedih si elysa, tapi aril muka stok selamba badak. lepas tu, ingat dia lembut hati lah kan. tapi sekejap je. isk, biasa kita tengok orang sekali je kena macam tu, dah tersentuh hati kot... disambung lagi dengan adegan adik elysa, si ikram menangis sebab taknak aril pergi. aduyaii, tacing mak nokss.


dan kemuncaknya, bila bapak dia mati. kalau aku jadi tempat bini dia, tak guna lagi hidup. tapi mana dia ada rasa insaf kot. orang hati kalau dah hitam, macam tu la... susah nak kembali ke pangkal jalan. lagi pulak, dia tak sempat dapat keampunan laki dia. itulah, buat jahat tak beragak. dosa paling besar tu... nusyuz. bak kata si botak, isteri derhaka, tak berbau syurga maksu.


yang menambahkan feel tengok cerita ni, ialah soundtracknya, iaitu lagu Opick- Bila Waktu Telah Berakhir, selain lagu stacy tu. mula-mula duk tertanya-tanya jugak, lagu apa ni. cari punya cari, dapat. bestt lagu ni... kan...?


;))


p/s: tak sabar tunggu selasa depan pulak T___T






awww... sweetnya...

1 comment:

Sheherazade said...

mencintai aku dan seadanya,sob2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)