dengan tak sepenuh ilmu di dada, hadap jugaklah. main liga pulak tu. team paling letih kot kami ni, sebab game tak henti-henti. undian tak memihak kot. tu yang asyik kena lawan aje. takpe, redah aje.
kata pengurus 'pasukam' kami, kak zue... "pia, kalau kalah team ni salah mu la sebab mu je tak kahwin lagi. tapi kalau menang, dikira menang sepasukan la..." haha, kak zue melawak pepagi buta. lawak, lawak jugak la, tapi cuak den mendengornya ;D
apapun, kekalahan diterima dengan hati terbuka. setakat semi final je main. sebabnya, bak kata kak kay, kami kalah bermaruah. takde main tipu ke, main jahat ke. itu sangat tidak macho okeh? apa barang main siku-siku, main tarik-tarik tangan, ini bukan permainan tarik tali der, ini permainan netball. nak direbut bola, tapi janganlah sampai muka awok dilempangnya (muka saya dilempang ye disebabkan keganasan mereka. aduhaiii... nasib baik sabar. tapi tak sabar mana la, sebab balas jugak seposen dengan tolakan bergaya. fuhh).
meskipun kami kalah, tapi kami tetap menang bergambar. biasalah, kelas-kelas model nak jadi pemain netball, orang kata itu ngak lumayan sihhh. hahaks ;D
#1 hijau merah u.. huhu. #2 biarpun tak prepare, tapi konfiden tu mesti lebih. kekeke #3 Semuanya dah berpunya okeh. yang tepi sekali je single lagi. sebab tu kira pemain harapan, tapi takleh nak harap sangat la.. hahaks. ;D
#4 game awal saya main Center. memang penat giler... semput weh. 5# try main WA. jaga stamina. tapi asyik masuk tanah orang je. kan center boleh masuk semua tanah. haihh. #6 center dia memang kelasss... macam lipas kudung. hagak kalau main football pun boleh dia tu.
#7 training. 8# kak effa jadi juruLETIH. kak kay terduduk sebab LETIH mendengar dari juruLETIH. aku pulak LETIH bersabar sebab tu cekak pinggang kemain. hamboihhh, macam geng-geng ceti jek aku. kak salila LETIH sebab tak faham-faham. hahaks 9# no3. itu saya ;)))
pemain ini direhatkan sementara kerana kecederaan (tapi sibuk nak main jugak. akibatnya, kaki yang tergeliat masa terjatuh semakin sakit sehingga saat ni. agak-agak isnin ni boleh ambik MC tak? T___T
No comments:
Post a Comment