ni personal blog. bila personal blog, cerita memang cerita peribadi aje. lepas tu cerita kehidupan seharian kan? mana yang menarik jelah cerita, takkan cerita pasal makan nasik goreng dengan telur pun nak cerita, melainkan nasik goreng tu tetiba laki yang masakkan buat suprise, ha itu memang cerita lain yang boleh share lah kan...
sekarang medium terlalu banyak yang membolehkan kita tahu pasal kehidupan orang lain. ada facebook/blog/twitter yang boleh kita stalk hari-hari dak... status, entry semua benda yang boleh buat kita tahu pasal orang tu. so, kalau nak cakap pasal privacy, baik toksah ada blog/facebook. kan?
so, aku memang ah tak marah kalau orang nak stalk blog ke/facebook ke...sebab aku dah gatal-gatal nak ada blog/facebook/twitter semua tu kan... (even twitter aku hidup segan mati tak mahu). cuma... tak syok ah kalau benda tu yang boleh timbulkan syakwasangka/tak puas hati semua kan... sebab aku kat blog ni, selalu aku tak cerita terang-terang pasal sesuatu benda tu. aku cerita sekerat atau sembunyikan sikit.
kadang-kadang itu cerita aku dengan seseorang tapi matikan watak tu, so cerita tu seolah-olah aku seorang aje. sama jugak cerita aku pergi mungkin ramai-ramai tapi aku buat cerita seolah-olah aku berdua aje. begitulah sebaliknya... dah tu cerita kita kan? hak kita. dan kitalah yang kena kawal semua tu... sebab bimbang kalau tersalah/terlepas cakap... ada yang tak suka/salah sangka.
sama jugak persoalan status SINGLE tu. sebenarnya, dalam hidup aku ni... lepas je aku putus tunang, selalu sangat nak dikenenkan dengan seseorang. sama ada yang mengkenenkan itu seorang kakak/kawan/makcik/orang tua... tapi kalau cakap single, mesti orang taknak percaya.
iye, sebab memang akan selalu dilihat aku bersama seseorang yang sedia ada untuk memayungi aku. menghantar aku ke sini, situ.... buat itu ini.... dan selalu ada tika aku memerlukan. tetapi, dia bukan hak aku. dia hak orang. dan sesungguhnya situasi ini merumitkan....
aku harus melepaskan ia pergi... dan aku perlu memilih jalan aku sendiri. aku perlu menyambut salam yang dihulurkan oleh orang lain. aku harus mula mengenali. aku harus mula berkawan.... pendek kata, aku harus mula melayan. walaupun sebenarnya aku malas. aku malas sebenarnya.... dan aku cuak.
tapi... ni kan hidup. sama ada kau kena fikirkan tentang hati orang, jaga hati dia, dan dalam masa yang sama, kau kena korbankan hati sendiri, atau kau kena calarkan hati orang untuk kepentingan diri sendiri. itulah yang kena aku pilih dan mungkin tu ah akan aku buat....
dulu, seseorang pernah cakap kat aku.... mencintai tak semestinya memiliki.... dan mungkin cinta tu hanya setakat ini. mungkin. jadi, aku harus biarkan ia pergi walau sama-sama saling menangisi. tapi aku harus fikir tentang diri jugak..... sama je, tak sekarang pun, benda ni akan jadi esok lusa. cepat atau lambat. itu aje.
mungkin lepas ni... kena nyanyikan lagi lagu... pelamin anganku musnah :P mungkin. so, kalau lepas ni kalau cerita kat sini, banyak cerita lelaki-satu persatu- yang mungkin menjadi, calon-calon pilihan tu toksah nak pelik lah ye. mungkin cerita benar/ separa benar/ cerita dibuang sedikit/edit sedikit.... tu jangan ah nak pelik.
sebab status bila dah jadi its complicated ni memang ah payah. dah rumit namanya kan.... tapi setakat ni, memang AVAILABLE lagi ah :P
tem, aku dengar cakap mu tem kali ni...
No comments:
Post a Comment