Mar 1, 2011

kucing pun pergi jamban


 ada hutan-hutan sikit kat tepi, ada kolam sekali.

cerita sebulan lepas. masa makan kat kunang-kunang, restoran papa rock, ramli sarip tu. makan idok le sedap mana, tapi minum sedap. dan lagi sedap, makan-makan sambil layan life band tu.


makan punya makan, ada lah seeekor kucing yang badannya montel, comel datang mintak makanan. lalu, memang aku pun berkongsilah ayam dengan dia. apa ada hal ye dak?


 muka dia comel sebenarnya, tapi gambar jadi gini. tak pandai pose


lepas seketul, seketul aku bagi dia telan. memang mengketedarah betul kucing nih.. encik M join sekali. haahhh, bagi saya punya tu sekali. lalu sikit-sikit lama jadi bukit. licin semua ayam dalam pinggan kita orang ha. siapa bedal? kucing tu yang bedal.


aku intai lagi sekali bawah meja, ehhh tengok dah lesap.

S: dah takde wak. kenyang lah tu... (sambil cari-cari)
M: ye? ha...awak tahu dia pergi mana?


S: pergi mana?
M: pergi jamban lah, berak. tadi dah makan banyak sangat.... semua ayam dia bedal, mesti ah sakit perut.


S: kreatip. kepala hotak anda memang kreatip. (hakhak, gelak)
M: iyelah..ingat awak je reti skit perut, reti nak gi jamban? hehehehee


nasik yang takde lauk dah. hehe

Ni pulak gambar yang terang sikit environment kat restoran kunang-kunang tu. 
gambar yang digoogle.




5 comments:

liyana said...

hehe.. kucing tu mcm gopal kite la.. wakaka!

sugar2 kapas strawberry said...

nk bukk restoran gak la.hehehe
kwn sy taksuke bila tiba2 mkn ad kucing.dia geli.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pernah sekali jew makan kat kunang2...

Peri PiA said...

ku penah mkn sini,mknan keluar blk..kenapa kah?nge

Peri PiA said...

ku penah mkn sini,mknan keluar blk..kenapa kah?nge

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)