Itu satu segi. lagi segi lain pulak, kalau tumpahkan kuah, kalau pecahkan gelas, orang akan cakap, nak buat macam mana, budak... tapi kalau tua-tua macam ni nak tumpahkan kuah, ishhh, very cakduss (cuai) okeh minah ni!=P
tapi kan kalau dapat boyfriend yang tak cakduss dan sangat caring, takpe. mungkin dia akan cakap, takpe yang, tumpahkan lagi, tumpahkan lagi...=P tapi kalau dapat boypren yang ala-ala control macho gitu-gitu tu kan, yang protokol tak hengat, mahu kena jentik telinga. ishh.
itulah seronoknya jadi budak-budak. dalam banyak hal pun masih boleh memang walau salah (sukanya...). bila ingat semua tu kan, otomatik rasa macam nak jadi kecik balik. ohh doremon, silalah keluarkan mesin pengubah masa, bagi aku jadi kecik semula. hak hak, tak logik okeh.
bila ingat-ingat, bila tengok budak-budak kecik kat rumah, memang rindunyaaaa nak jadi kecik balik. sebab boleh selalu menang. mengamuk-mengamuk, untung-untung dapat belon sebijik, ye dak? kalau budak besar lawan budak kecik, bodoh lah kan? otomatik budak besar kena mengalah. macam aku dengan abang-abang sepupu aku dulu. hak hak. eiii, suka hati aku. ha, buli aku lagi?
satu lagi, kalau jadi budak kecik, meskipun kau tak comel mana kan, tapi kau tetaaapp comel, sebab kecik kan? sebab mak kau tetap sayang, tetap timang tinggi-tinggi, sebab semua orang tetap gerammm, nak ambik cium peluk bagai, bangga kan masa tu? tapi masa tu tak pulak reti beriak bangga dan takabur bagai nihh. tak reti pulak bersikap mazmumah, ye dak?
apapun, kesimpulannya, masa kita kecik-kecik dulu kita adalah seorang 'comel', setuju? T____* tak percaya, tengik budak-budak kecik ni, rasa nak gigit tak?
alisya, masa usia bulan-bulan. besar mata wohhh
dah besar sikit pun comel
budak gemOOk, azreen yang comot, mia arisa & irfan, budak garang =)
dini masa kecik
wafi, si ciwek, 3 tahun yang lalu
CIWEK dengan abang IKI, tiga tahun lalu
CIWEK dah besar. macam adul, anak-anak sidek je... hak hak O.O mata bulat jugak
budak tiga beradik yang kat bawah tu dahlah comel, lepas tu mulut pun comel jugak. deme ni lah yang cakap, warna kakngah macam air teh susu. pandailah sangat. yang ciwek tu tak ngaku warna dia sama dengan warna aku. hehh budak-budak....
sekian =)
4 comments:
PAKCIK TAK MAHU JADI BUDAK-BUDAK BALIK .. SUSAH.
TAK BOLEH BAWA MOTOR. TAK BOLEH BAWA KERETA. LAGI SATU, ASYIK KENA BULI JER DEK ORG TUA !
klakar ingat entri npasal warna kulit yong tue...
hahaha....
cik soffya,
kalau kecik2 mintak duit dpt sikit
kalau da besar ni mintak duit dpt byk
hahahaha
i wish i could too :|
Post a Comment