Nov 13, 2010

peMALAS. haihhh, bila boleh kahwin agak? cari jodoh II

(T_^)

kadang-kadang terfikir jugak, macam manalah agaknya nak cari jodoh kalau MALAS.... malas nak jawab SMS, malas nak jawab call, malas nak approve friend request, malas nak jawab hai, malas nak gerakkan jari jemari ni menaip sesuatu yang orang suka... kenapalah peMALAS. haihh.


hantu apalah apa dalam diri aku sekarang. hantu mambang api, mungkin tak, sebab tak ada pulak api keluar ikut telinga aku. kalau nak kata mambang kerapu, ikan kerapu pun aku tak kenal. mambang tanah lagi tak, sebab aku ni anak kedua, air. =P


tapi kalau kat dapur, kat rumah, lately makin rajin melampau. macam ada yang nak masuk meminang dua tiga minggu lagi je... hakhak. sampaikan abang aku memuji tak hengat dah. naik kembang kempis hidung aku ni. sampikan tak terucao dek kata-kata dah. wakaka =D


tapi, TAPI ye kawan-kawan, nasib baik, tunang adik aku cakap adik aku masak lagi sedap dari aku, kalau tak senyum tak hengat lah nihh. urm, tapi apa aku kesah? memang dah aku tahu, kalau bercinta, semuanya wangi. kalau adik aku kentut pun mesti dia cakap kentut adik aku bau macam georgio armani. ekeke.


persoalan MALAS bab tu makin berleluasa. makin bermaharajalela. sampai dah tak terela dah aku nak menaggung penderitaan dek penyakit malas ni. risau jugak aku... karang feel nak bercinta tu hilang macam tu je...


eceh, gaya tulis entry macam single and available je...hakhakhakhakhak :D. tapi memang single and available pun...kan, kan? =P



pesan tahi bulan:
eh korang jangan kena tipu, aku ni dah beranak empat dah...;P

3 comments:

Peri PiA said...

sioh2...go away penyakit M

bukan En M...hak2 :P

Cik Akma said...

hmmm setuju. mls2 ni boleh ke nk kawenn hehh ;D

SoFie NuR said...

yeayyyy!! single itu memang best!!! tak yah nak pikir banyak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)